Senarai Blog Saya
Ahad, 19 Jun 2016
Abu Syyaf hanya terima wang tebusan RM 8.8 juta.ke mana bakinya?
Abu Sayyaf hanya terima wang tebusan RM8.8 juta)
Kumpulan militan, Abu Sayyaf didakwa hanya menerima hanya P100 juta atau RM8.8 juta sahaja sebagai bayaran tebusan bagi membebaskan empat mangsa culik dari Sarawak, walaupun laporan sebelum ini menyebut sebanyak P130 juta (RM12 juta) akan dibayar sebagai wang tebusan, lapor
Manila Times , semalam.
Memetik sumber yang tidak dinamakan, akhbar tersebut mendakwa kehilangan baki RM3.2 juta itu telah menimbulkan syak wasangka yang menjurus kepada pemberontak mungkin bersekongkol dengan para pegawai kerajaan dari Malaysia dan Filipina, yang mungkin berkongsi wang tersebut sesama mereka.
"Ia telah menjadi isu hangat di Malaysia sekarang. Pembayaran wang tebusan telah menjadi satu daripada tajuk-tajuk utama mereka, tetapi menghairankan, ia masih belum mendapat perhatian media Filipina.
"Kita mendapat maklumat bahawa kumpulan Abu Sayyaf menjadi marah setelah mengetahui dari laporan berita bahawa wang tebusan itu sebenarnya sebanyak RM12 juta (P130 juta), namun, hanya P100 juta sahaja sampai kepada mereka," kata seorang pegawai kanan, memetik laporan itu.
"Persoalannya ialah ke mana hilangnya wang itu?"
Satu lagi sumber mendakwa seorang pegawai kerajaan tempatan di Sulu terlibat dalam rundingan.
"Sudah menjadi pengetahuan umum di Malaysia yang biasanya P30 juta (RM2.64 juta) dibayar sebagai wang tebusan bagi mangsa-mangsa culik rakyat Malaysia pada masa lalu. P130 juta setakat ini adalah yang tertinggi," kata sumber itu.
Sumber itu mendakwa, beberapa pegawai tempatan termasuk mungkin di kalangan tentera telah bersubahat dengan Abu Sayyaf.
"Mengapa mereka begitu pasif? Jelas sekali, banyak pihak yang mungkin terlibat. Banyak jawapan boleh diberikan oleh Gabenor Sulu (Abdusakur Tan)," tambah sumber itu.
Khamis, 16 Jun 2016
Polis tunggu pengesahan laporan
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai laporan media negara itu yang empat lagi rakyat Malaysia didakwa diculik di perairan Sulu.
Beliau berkata demikian dalam catatan Twitter terbarunya.
Sebuah laporan berita Filipina memetik Pengarah Polis Tawi-Tawi, S/Supt Joselito Salido sebagai berkata sekumpulan suspek tidak dikenali didakwa membawa tebusan rakyat Malaysia itu ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.
Pada 8 Jun lepas, empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu-Sayyaf pada 1 April ketika belayar menggunakan bot tunda dari Manila ke Sabah, selamat dibebaskan.
- Bernama
Media Filipina lapor empat lagi rakyat Malaysia diculik di Sabah
Media Filipina hari ini melaporkan bahawa empat lagi rakyat Malaysia diculik di luar pantai Sabah dan dibawa ke Sulu pagi ini.
Ini selepas empat tebusan Malaysia dibebaskan oleh militan Abu Sayyaf di selatan Filipina minggu lalu.
ABC-CBN News melaporkan bahawa pengarah polis Tawi-Tawi, Joselito Salido sebagai berkata suspek membawa tebusan terbaru mereka ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi dan kemudiannya memindahkan mereka ke Sulu.
Pusat Kawalan Tentera Filipina di Mindanao Barat mengesahkan maklumat berkenaan.
Sementara itu, portal Star Online melaporkan bahawa sumber pihak keselamatan di Sabah tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu.
Walau bagaimanapun, mereka cuba mengesahkan butiran berkenaan daripada rakan-rakan Filipina mereka.
#star online..

Langgan:
Catatan (Atom)