Senarai Blog Saya
Rabu, 5 Oktober 2016
Rampasan terbesar RM114.5 juta di Kota Kinabalu
Antara wang yang berjaya dirampas
KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM114.5 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di sini, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, yang merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata rampasan itu dibuat daripada seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi awam itu selepas mereka ditahan SPRM semalam.
"Hasil siasatan, SPRM merampas RM75 juta daripada pejabat, rumah dan akaun bank kedua-dua suspek tersebut dan keluarga mereka," katanya pada sidang berita mengenai kes itu di sini, hari ini.
Susulan penahanan kedua-dua suspek itu, katanya SPRM turut menangkap seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dan akauntannya yang disyaki mempunyai kaitan dengan mereka.
Beliau berkata penangkapan 'Datuk' dan akauntannya itu membolehkan SPRM menyita kira-kira RM37 juta daripada akaun sebuah syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan seorang daripada pegawai kanan agensi awam itu. - Bernama
Busan dilanda Taufan Chaba dan beberapa bahagian lain di Korea
Korea Selatan, 5 Okt - Taufan Chaba yang melanda di beberapa bahagian di Korea Selatan, termasuk Busan, telah menyebabkan ribut kencang, hujan lebat dan juga gelombang ombak kuat sehingga air melimpah dan menjejaskan kawasan penduduk.
Setakat ini, bencana itu dilapor telah mengorbankan sekurang-kurangnya empat nyawa dan tiga yang lain hilang.
Menurut laporan koreanherald, bahagian yang paling teruk terjejas adalah pulau Jeju dan beberapa bandar di Busan serta Ulsan.
Di media sosial, hashtag #prayforbusan mula menjadi trending dan beberapa video kejadian yang merakamkan ribut itu mengganas dimuat naik.
Antara video yang dimuat naik termasuklah detik cemas penumpang sebuah kenderaan yang dipercayai bas apabila kenderaan itu dihempas dengan ombak yang kuat.
Taufan Chaba kini dilaporkan dalam perjalanan ke negara Jepun.
Sumber : Korean Herald
Blogger
Loading .. .
Loading .. .
HOME · GLOBAL · SAFE · UTAMA
Omg this looks like tsunami than typhoon γ γ #PrayForBusan
pic.twitter.com/yNeWVUObHp
— μ (@justyonghyun) October 5, 2016
“
I hope everyone in Busan will be safe. Amen #PrayForBusan pic.twitter.com/IggXb2Mpb4
— Mark, Tuan. (@hollykkkk608)
October 5, 2016
“
this is so scary this looks like a storm surge...Everyone in Busan please stay safeπ±π° #PrayForBusan
pic.twitter.com/aHPk5J31E0
— ilovejongin✿◕ ‿ ◕✿π» (@p_jessyre) October 5, 2016
“
Everyone in Busan please stay safe. Our prayers are always with you. God, please stay with us.
#PrayForBusanpic.twitter.com/P7GWlkF7N1
— μ΄νμ© (@nctpard) October 5, 2016
“
Pls be safe everyone π
#typhoonchaba #busan
pic.twitter.com/MNiENmSzBI
— aina ☆νν☆ (@hamstertreeAegi)
October 5, 2016
“
this video is so scary π±π± #busan
#ulsan #typhoon #Chaba this morning | stay safeππ pic.twitter.com/paSkgQeB6L
— CHA ✲μ§μΌμ€κ²✲ (@rischassie)
October 5, 2016
Langgan:
Catatan (Atom)