Jumaat, 29 April 2016

Bot kecil lanun disyaki ekori kapal

BEBERAPA bot laju disyaki lanun mengekori kapal pembekal minyak di perairan Labuan.

Kota Kinabalu: Kapal pembekal minyak menghantar isyarat selepas mengesyaki kehadiran beberapa bot kecil dipercayai lanun berhampiran pelantar minyak di perairan Kikeh, Labuan, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, kru kapal pembekal minyak dalam perjalanan dari pelantar minyak di perairan Kikah 120 kilometer dari Laut Labuan, sebelum menyedari empat bot laju mengekori mereka.
Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, sebaik menerima isyarat itu kapal APMM bergegas ke lokasi kejadian dan tidak menemui sebarang aktiviti luas biasa berhampiran pelantar minyak berkenaan.
“Kita ada menerima laporan mengenai kejadian itu dan kebetulan kapal kita berada berhampiran perairan itu sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Namun tidak menemui apa-apa dan susulan itu juga kita meningkatkan pemantauan bagi memastikan perairan di Sabah dan Labuan berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – myMetro Online

Selasa, 26 April 2016

Zahid suruh saya bersuara isu RM2.6 bilion, tapi dia tak berbuat apa-apa, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu beliau bersuara dalam isu skandal derma RM2.6 bilion melibatkan Datuk Seri Najib Razak tetapi malangnya tiada sebarang tindakan daripada Timbalan Perdana Menteri tersebut.
Menulis dalam blognya Che Det, Dr Mahathir menyatakan kekesalannya menamakan Zahid sebagai penganti Datuk Seri Najib Razak yang ditolak majoriti orang ramai.
“Apabila namanya disebut (tersilap) sebagai pengganti berpotensi Najib, orang ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak Zahid.
“Zahid beritahu saya untuk terus bersuara mengenai isu derma. Saya rasa Zahid yang patut bertindak lebih dari saya. Namun, malangnya, dia tidak berbuat apa-apa,” tulis Mahathir dalam blognya hari ini.
Dr Mahathir paling lantang dalam membangkitkan isu wang derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau turut melancarkab kempen Selamatkan Malaysia bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri, Najib.
Zahid baru-baru ini menggesa semua pihak perlu menerima penjelasan mengenai derma RM2.6 bilion dan menjadikan isu itu satu titik noktah.
Beliau berkata selain menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa derma itu datang daripada negaranya, pihak yang telah memutarbelitkan isu berkenaan juga perlu menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.
“Saya fikir, mesti berjiwa besar untuk menerima hakikat dan penjelasan ini … siapapun, mantan perdana menteri sekalipun terimalah hakikat bahawa penjelasan ini adalah satu titik noktah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Expo Outreach Dana Bumiputera @ Perak anjuran Pemuda UMNO Malaysia di Ipoh hari ini.
Zahid berkata isu derma tersebut telah dipolemikkan oleh pihak tertentu dengan pelbagai tujuan sehingga menyebabkan rasa menyampah rakyat mengatasi realiti sebenar.
Pada Jumaat, Al-Jubeir ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki mengaku bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib memang datang daripada Riyadh. – 18 April, 2016.

Khamis, 21 April 2016

Kantoi, ceramah ustaz mengaku ‘bekas paderi besar’ dibatal


KOTA KINABALU, 20 April ― Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kolej SIDMA hari ini telah menjauhkan diri mereka daripada sebuah ceramah malam ini oleh seorang ustaz yang mengaku dirinya “bekas paderi besar” di sebuah gereja di Jerman.
Dalam sebuah temubual ringkas pagi ini, pengerusi Kolej SIDMA Prof Morni Kambrie memaklumkan kepada Malay Mail Online bahawa ceramah oleh Ustaz Ayub Abdul Rahman, kononnya seorang bekas paderi Episkopal, di kampus Sabahnya telah dibatalkan.
“Ia tidak akan berlaku,” kata Morni. “Saya tidak nampak apa rasionalnya untuk bercakap lagi tentang isu ini.”
Sebuah poster di laman Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) menyenaraikan Kolej SIDMA Sabah sebagai tempat bagi ceramah Ayub yang bertajuk Perjalanan Hijrah dan Dakwah ― Catatan Kehidupan .
UMS juga disenaraikan sebagai salah satu penganjur ceramah Ayub, namun pihak universiti tersebut menjelaskan bahawa isu ini cuma satu insiden “salah faham”.
“Acara ini tidak dianjurkan oleh UMS dan tidak dibenarkan di kampus,” kata timbalan naib canselor UMS, Prof Madya Dr Ismail Ali kepada Malay Mail Online semalam.

Gereja St Augustine of Canterbury di Wiesbaden, Jerman telah menjelaskan kepada Malay Mail Online semalam bahawa lelaki yang menggunakan nama Ustaz Ayub Abdul Rahman itu tidak pernah berkhidmat di kariahnya seperti yang didakwa.
# Ida Lim

UMNO MASUK SARAWAK , SAYA LETAK JAWATAN , KATA ADENAN

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini, menegaskan bahawa beliau akan meletak jawatan sekiranya Umno masuk ke Sarawak.
“Kami tidak mahu Umno masuk ke Sarawak, saya sudah bercakap dengan Presiden Umno (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), dan Umno tidak akan datang ke Sarawak,” ujar Adenan, memetik laporan The Borneo Post.
“Mereka boleh datang dan membantu untuk pilihanraya, namun mereka tidak boleh menubuhkan cawangan di Sarawak kerana Barisan Nasional sudah cukup kuat di Sarawak.
“Selagi saya menjadi Ketua Menteri, mereka tidak akan datang ke sini. Jik mereka datang dan membuka cawangan, saya akan letak jawatan,” kata Adenan semasa perjumpaan bersama syarikat pembalakan, Kumpulan Shin Yang Group di Miri, semalam.
Adenan, yang merupakan Pengerusi BN Sarawak pergi ke Sabah tidak lama dahulu kerana “BN Sabah dalam keadaan lemah” dan menyimpulkan BN di Sarawak sebagai “kukuh”.
Sejurus sebelum pilihanraya negeri Sabah pada tahun 1990, Parti Bersatu Sabah (PBDS) yang kepalai oleh ketua menteri Joseph Pairin Kitingan, meninggalkan perikatan BN. Parti itu kemudiannya memenangi pilihanraya negeri ketiga.
Sejurus selepas kemenangan keempat pada pilihanraya 1994, yang menang dengan majoriti mudah, PBS gagal membentuk kerajaan selepas ahli-ahli parlimen PBS melompat kepada BN.
Umno, yang memasuki Sabah pada tahun berkenaan, mengetuai kerajaan negeri baru di bawah ketua menteri Sakaran Dandai dan sejak itu, menjadi komponen negeri yang dominen.
Sarawak dan Sabah adalah sebahagian empat rakan kongsi saksama dalam perjanjian pembentukan Malaysia tahun 1963, dua yang lain ialah Malaya dan Singapura. Selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan tahun 1976, perjanjian dengan kerajaan negeri, Sabah dan Sarawak menjadi persekutuan.
Dianggap ‘simpanan tetap’ BN, sokongan untuk kerajaan semasa di Sabah dan Sarawak berjaya menghalang kejatuhan perikatan BN dalam pilihanraya umum tahun 1999, 2008 dan 2013. – Baca lanjut sumber Malaysiakini

Selasa, 19 April 2016

Wilayah panjang umur

Di kawasan berhampiran Laut Mediterranean, terdapat sebuah pulau dengan pemandangan indah dikatakan mempunyai udara ‘berbeza’ yang membuatkan sesiapa saja yang tinggal di situ panjang umur.
Sardinia, sebuah wilayah autonomi Itali, menjadi antara tumpuan saintis yang mahu mencungkil rahsia usia panjang lelaki dan wanita di sana, kebanyakannya mencecah 100 tahun.
Dengan penduduk hanya 1.6 juta, Sardinia disahkan sebagai kawasan paling ramai memiliki penduduk berusia satu abad.
Biarpun saintis belum dapat mengesahkan rahsia penduduk Sardinia, namun secara pandangan kasar, gaya hidup sihat selain memiliki genetik yang bagus, menjadi antara punca penduduk di sana terus menikmati kehidupan dengan sihat sehingga usia lanjut.
Antaranya keluarga Melis yang diiktiraf oleh Guinness World Records pada 2012 kerana memiliki sanak-saudara paling ramai berusia melebihi 80 tahun apabila usia mereka digabungkan.
Seramai sembilan adik-beradik dalam keluarga itu apabila digabungkan mencatat usia 818 tahun, dengan yang sulung, Consolata, mencapai usia 108 tahun dan yang bongsu Mafalda, mencecah 84 tahun.
Selepas puas menjalani kehidupan bahagia dan sihat, Consolata akhirnya menghembuskan nafas, tahun lalu pada usia 108 tahun.
Keluarga yang mempunyai pertalian sangat rapat itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 150 anak, cucu dan cicit.
Ketua Pengarah Guinness World Records, Craig Glenday, berkata genetik dan gaya hidup menjadi kunci kepada usia panjang keluarga itu.
“Mereka juga bernasib baik kerana tidak mengalami kemalangan atau jatuh, hingga memiliki ahli keluarga yang semuanya berusia lanjut, sesuatu yang sangat jarang kita temui,” katanya.
Menurut Alfonso Melis, seorang daripada adik-beradik itu, rahsia usia panjang bukan sesuatu yang sukar dicapai.
“Kami makan makanan yang sebenarnya iaitu banyak ‘minestrone’ atau sup sayur Itali bersama pasta atau nasi, kurangkan daging dan sentiasa bekerja,” katanya.
Pada usia yang sudah mencecah 89 tahun, dia masih sibuk bekerja di sebuah kafe miliknya ataupun di kebun sayur, apabila dia banyak menanam kekacang, terung, lada dan kentang.
Kakaknya, Claudia, yang masih kuat menghadiri gereja setiap pagi pada usianya 99 tahun turut memberi jawapan sama, iaitu sentiasa sibuk bekerja dan makan minestrone, kekacang dan kentang.
Tinggal di Perdasdefogu, sebuah kampung di wilayah gunung-ganang Sardinia, kesihatan keluarga Melis melambangkan tahap kesihatan yang baik di kawasan itu.
Ketika ini, kira-kira 370 penduduknya mencapai usia 100 tahun, suatu angka yang besar iaitu 20 kali ganda berbanding penduduk di Amerika Syarikat.
Penduduk Sardinia juga mengamalkan ucapan tradisional dalam budayanya iaitu ‘a kent annos’ atau membawa maksud ‘semoga anda hidup sehingga 100 tahun’.
Pengkaji dari Universiti Sassari di bahagian barat laut Sardinia, Luca Deiana berkata, genetik memainkan peranan besar dan mendapati penduduk yang tinggal di kawasan pusat timur wilayah itu memiliki usia lebih panjang.
Kawasan geografi yang lasak, tiada kemasukan orang luar dan terdapat hanya sedikit perkahwinan dengan masyarakat luar, mengekalkan ciri genetik yang menyumbang kepada kesihatan yang baik.
Sebagai contoh, Deiana bersama pasukannya terdiri daripada 25 doktor dan ahli biologi mengesan sejenis gen dalam kromosom Y penduduk yang mampu menurunkan risiko serangan jantung dan strok dalam kalangan lelaki.
Gen itu diwariskan daripada ayah kepada anak lelaki, mampu menerangkan nisbah wanita dan lelaki berusia lanjut yang ada di wilayah itu, iaitu 1:1, sedangkan nisbah di seluruh dunia adalah 1:4.
Pemakanan mereka juga memberi kebaikan kepada tubuh. Diet penduduk sarat dengan nutrien sihat daripada sayur segar yang ditanam sendiri, dihidangkan secara ringkas bersama minyak zaitun, lemon, bawang putih dan beberapa jenis rempah.
Mereka juga gemar mendapat khasiat protein daripada susu dan keju selain kurang makan makanan bergula atau daging.
Kebanyakannya hanya makan daging sekali dalam tempoh seminggu dan biasanya dalam hidangan kecil, tetapi dimakan bersama sayur dalam jumlah yang banyak.
Cuaca yang sentiasa menyenangkan, membuatkan penduduknya memiliki mood yang baik. Ada segelintir penduduknya percaya mitos yang mengatakan ‘ada sesuatu’ dalam udara kawasan itu hingga penduduknya panjang umur, adalah benar.
Pada masa sama, Deiana percaya budaya Sardinia juga antara faktor besar yang menyumbang kepada usia panjang penduduknya.
Di Sardinia, orang tua dihormati, disayangi seluruh keluarga, diletakkan di peringkat tertinggi dan mempunyai peranan besar dalam kehidupan seharian keluarga.
Kebanyakan mereka aktif dan digalakkan menyertai pelbagai acara sosial di wilayah berkenaan. Mereka menjalani kehidupan bermakna dan tidak hanya duduk di rumah orang tua.
Selain Sardinia, kawasan lain yang mempunyai ramai penduduk berusia lanjut hingga 100 tahun:
1. Semenanjung Nicoya, Costa Rica, Amerika Tengah
Ramai penduduknya mencapai usia 90 tahun dan rahsianya, mereka jarang sakit kerana mengamalkan pemakanan seperti roti tortila, labu, betik, keladi, kacang hitam, pisang, buah kelapa sawit dan buah oren kecil tempatan.
2.Loma Linda, California, Amerika Syarikat
Loma Linda memiliki kepadatan tertinggi penduduk berusia lanjut dan mereka mengamalkan diet berasaskan tumbuhan dan sedikit produk tenusu dan ikan. Antara makanan yang sering diambil ialah avokado, salmon, kekacang, air yang banyak (antara enam hingga lapan gelas setiap hari), oat, roti gandum dan susu soya tanpa gula.
3. Ikaria, Greece
Penduduk di sini masih bertenaga biarpun sudah berusia lanjut. Ini kerana mereka mengamalkan diet Mediterranean termasuk minyak zaitun, sayuran kampung, kentang, keju feta, kacang hitam, kacang kuda, lemon, herba Mediterranean, kopi dan madu.

Manila, kota yang murtad!

Sungai Pasig yang menyimpan seribu satu sejarah Kota Manila.

BARU -baru ini, penulis menjejakkan kaki buat kali pertama di Manila untuk menghadiri persidangan Publish Asia 2016, acara tahunan Persatuan Penerbit Akhbar dan Berita Seluruh Dunia (WAN-Ifra) Asia Pasifik.
Pertama kali ke Manila dan tanpa sebarang nasihat atau pedoman, penulis berhadapan dengan pengalaman sukar hendak mendapatkan makanan halal di ibu kota Filipina itu terutama pada hari pertama. Hotel Manila, penginapan kami yang juga venue persidangan berlokasi di Teluk Manila, agak terpinggir dari pusat kota.
Untuk itu, kami terpaksa keluar ke Makati dengan teksi bertambang 200 Pesos (RM17) sehala pada waktu biasa. Pada waktu jalan sesak teruk – kesesakan paling teruk di Kuala Lumpur adalah biasa bagi Manila – tambang diminta 400 Pesos (RM34). Ada pemandu yang minta 700 Pesos (RM60) untuk perjalanan sehala sedangkan kalau hendak dikira jarak tidaklah begitu jauh.
Itu hanya untuk mendapatkan makanan halal sedangkan sepanjang waktu siang, kami terperangkap di dalam dewan persidangan dengan makanan yang disediakan oleh penganjur amat dicurigakan status halalnya. Pihak hotel pula hanya menyediakan makanan halal yang boleh dikira meyakinkan pada waktu sarapan.
Itulah situasi di Manila, kota metropolitan yang tidak ramai orang tahu bahawa suatu ketika dahulu adalah sebuah kota Islam. Raja Islam yang terakhir memerintah Manila ialah Raja Soliman @ Sulaiman. Sebelum itu, Manila diperintah oleh bapa saudaranya yang bernama Raja Matanda dan Lakandula.
Apabila disebut Islam di Filipina, fikiran kebanyakan kita tertumpu di selatan negara itu, Mindanao dan kepulauan sekitarnya. Tidak ramai yang tahu bahawa sebelum penjajahan Sepanyol, 98 peratus daripada penduduk wilayah kepulauan itu beragama Islam.
Manila, pernah diusahakan untuk jadi ibu kota Islam di Nusantara. Malangnya, penjajahan Sepanyol yang begitu berdendam terhadap orang Islam susulan apa yang berlaku di tanah air mereka, telah ‘memurtadkan’ terus Manila malah seluruh Filipina hingga hari ini.
Yang tinggal Islam daripada 94 juta populasinya sekarang hanya lima peratus!
Bagaimana hilangnya Islam di Andalusia, begitulah juga hilangnya Islam di Filipina.
Arab
Manila, nama asalnya Kota Seludong mendapat nama daripada perkataan Arab, ‘Amanillah’ ataupun ‘Fi amanillah’ yang bermaksud ‘Kota Aman Lindungan ALLAH’.
Raja Sulaiman memerintah di delta Sungai Pasig, bersemayan di tapak asal bandar Manila, tidak jauh dari Hotel Manila sekarang. Selain beliau, bapa saudaranya, Lakandula memerintah kerajaan Tondo yang menguasai muara Sungai Pasig. Meskipun wilayah mereka tidak seluas mana, kedua-duanya memerintah dengan makmur.
Lakandula yang menguasai pelabuhan, membeli semua barangan yang dibawa oleh pedagang terutama dari China dan beliau membayar terus separuh harga untuk setiap barangan itu sebelum menjual semula kepada mereka yang mahu membelinya di wilayah pedalaman dan kepualuan sekitar. Separuh lagi harga dibayar kepada pedagang terbabit apabila mereka datang semula ke Manila setahun kemudiannya.
Raja Sulaiman pula mengambil alih pemerintahan daripada bapa saudaranya, Raja Matanda. Raja Sulaiman adalah raja Islam yang terakhir di Manila. Anak Lakandula, Magat Salamat yang juga putera mahkota, tidak sempat naik takhta ekoran kemasukan Sepanyol.
Wakil Hispanik yang pertama kali menjejak kaki ke Filipina (ketika itu, belum ada nama Filipina) ialah Ferdinand Magellan yang mendarat di Pulau Cebu pada 16 Mac 1521. Cebu ketika itu diperintah oleh Raja Humabon. Pembantu Magellan ketika di Cebu ialah Panglima Awang, seorang anak muda Melayu yang ditawannya di Melaka. Magellan berasal dari Portugal namun dalam misinya di Nusantara, beliau mewakili Sepanyol.
Disebabkan bahasa Melayu hampir sama dengan bahasa tempatan, Awang diminta jadi penterjemah kepada Magellan.
Dengan pengaruh Magellan, Raja Humabon bersama pengikutnya bersetuju untuk tukar agama. Mereka jadi kumpulan yang pertama murtad di Filipina lalu digelar oleh Magellan sebagai ‘Warga Tuhan Sepanyol’. Persetujuan Raja Humabon adalah disebabkan janji Magellan untuk membantunya memerangi pemberontak Mactan yang diketuai Lapu Lapu.
Buluh
Magellan bersama 60 anggota delegasinya menyerang Lapu Lapu dengan senapang, meriam dan segala jenis senjata besi. Lapu Lapu bersama 1,500 pahlawan Mactan pula hanya bersenjata buluh runcing dan panah beracun. Magellan terkena panah beracun dan temui ajalnya di situ manakala pengikutnya lari lintang pukang balik ke kapal. Panglima Awang juga turut tercedera.
Usaha Sepanyol dalam misi Gold, Glory and Gospel diketuai oleh Magellan tidak begitu berjaya. Bagaimanapun mereka telah dapat menanam benih Kristianisasi dengan murtadnya Raja Humabon dan pengikutnya.
Sejak itu, beberapa lagi misi dihantar ke Filipina hinggalah ia mula memberi kesan melalui pertapakan Miguel Lopez de Legazpi di Cebu pada 1565. Cebu yang telah dikristiankan menerusi pemurtadan Raja Humabon yang sudah pun mempunyai nama baharu, Carlos (bersempena dengan nama Raja Sepanyol) menyambut baik kehadiran de Legazpi.
Sejak itu, Cebu menjadi pusat pemerintahan penjajah Sepanyol. Nama Filipina juga mula digunakan, iaitu ‘Islas de las Felipina’ yang mengambil nama raja muda Sepanyol, Felipe.
de Legazpi bagaimanapun tetap tidak berpuas hati kerana belum menguasai Manila yang didengarinya lebih strategik untuk dijadikan pusat pemerintahan. Beliau mengatur rancangan untuk menyerang Manila dan menghantar Martin de Goiti dan Juan de Salcedo sebagai utusan untuk rundingan ‘persahabatan’ dengan Raja Sulaiman. Pada mulanya, mereka disambut baik, namun apabila menyedari muslihat Sepanyol, Raja Sulaiman enggan menyerah kalah lalu berlaku pertempuran pada 1570.
Pertempuran demi pertempuran terus meletus hingga 1574, yang akhirnya menyaksikan ketewasan di pihak Raja Sulaiman yang dibantu oleh bapa saudaranya, Lakandula. Raja Sulaiman juga dibantu oleh seorang lagi pemerintah Islam bernama Tarik Sulaiman dari Macabebe dalam Perang Bangkusay.
Bagaimanapun kecanggihan senjata Sepanyol tidak dapat ditandingi.
Setelah kekalahan Raja Sulaiman, penjajah Sepanyol terus memperlihatkan dendam kesumat mereka yang begitu membara. Mereka meruntuhkan tapak kerajaan Raja Sulaiman di bandar Manila lalu mendirikan kota di sekeliling ibu pejabat mereka yang diberi nama Fort Santiago.
Kawasan di dalam kota itu dikenali sebagai Intramuros yang jadi tumpuan pelancong hingga hari ini.
Ada riwayat menyebut, Lakandula selepas itu mengambil tindakan berkompromi dengan penjajah, dan telah murtad bersama keluarganya. Beliau menukar nama kepada Don Carlos Lacandola. Dalam rekod sejarah Sepanyol, Lakandula dianggap seorang pemerintah yang bijak kerana memilih untuk berdamai dan keluarga serta keturunannya diberikan beberapa keistimewaan oleh penjajah.
Ada disebutkan bahawa beberapa nama besar Filipina hari ini termasuk bekas Presiden Diosdado Macapagal dan anaknya yang juga bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo adalah daripada keturunan Lakandula. Keturunannya yang lain termasuk dua bekas presiden Senat, Jovito Salonga dan Gil Puyat; selebriti antarabangsa, Lea Salonga dan tokoh perniagaan, Gonzalo Puyat.
Sementara Raja Matanda pula ketika terlantar sakit dikatakan telah minta untuk dibaptiskan. Yang kekal Islam hingga menemui syahid dalam peperangan menentang penjajah, adalah Raja Sulaiman, seorang penganut Islam yang taat daripada aliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Sama ada cerita kemurtadan raja-raja Manila ini benar ataupun sekadar propaganda penjajah, tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti lebih 90 peratus penduduk Filipina hari ini beragama Katholik, agama yang dibawa oleh Sepanyol dan mereka adalah daripada keturunan nenek moyang yang beragama Islam.
Keadaan telah berubah begitu drastik hingga untuk mendapat makanan halal pun begitu sukar di Manila!
Bukanlah tidak ada orang Islam di Manila, masjid pun ada namun bilangan mereka adalah sangat sedikit berbanding keseluruhan populasi. Kebanyakannya bertumpu di Quiapo District, dan apa yang menyedihkan ialah dari sudut sejarahnya. Hilangnya Islam di Manila (dan hampir seluruh Filipina) adalah kerana pemurtadan nenek moyang mereka!
Sejak era Christopher Columbus yang tersesat ke Amerika dalam pelayaran ke India, setiap orang tempatan yang ditemui digelar Indian. Di Filipina, penjajah Sepanyol menggelar penduduk tempatan yang telah dikristiankan sebagai Indios manakala penduduk di kepulauan selatan (Mindanao dan lain-lain) yang beragama Islam sebagai Moro. Ini adalah berkaitan dengan pengalaman mereka di Sepanyol yang mana orang Islam digelar ‘Moor’ sebagai gelaran penghinaan.
Sulu
Selepas menguasai Manila dan sebahagian besar wilayah Filipina, Sepanyol cuba untuk mara ke selatan. Bagaimanapun mereka menghadapi tentangan sengit daripada penduduk di sana. Sepanyol tidak pernah berjaya menjajah wilayah selatan Filipina. Orang Suluk atau Tausug di selatan Filipina sejak abad ke 14 lagi sudah mempunyai empayar kesultanan yang kuat.
Dengan sejarah gemilang sebagai pemilik empayar Sulu, sukar bagi Sepanyol untuk menewaskan mereka, tidak seperti di utara. Bagaimanapun Sepanyol menggunakan jalan selamat untuk tidak menggunakan orangnya sendiri di barisan hadapan sebaliknya menghantar penduduk Filipina sendiri yang telah dikristiankan untuk memerangi saudara mereka yang masih Islam.
Ini terus berlaku hinggalah kekuasaan bertukar tangan. Pada 1898, pengakhiran Perang Sepanyol – Amerika Syarikat telah membawa Amerika sebagai penjajah baharu Filipina.
Penduduk selatan Filipina cuba untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah mereka yang tidak pernah dijajah oleh Sepanyol namun tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat.
Ternyata Amerika mendapat kekuasaan ke atas wilayah itu dengan muslihat. Ini kerana berdasarkan rekod yang ia tidak pernah dijajah oleh Sepanyol, mana mungkin Sepanyol menyerahkan begitu sahaja wilayah tersebut kepada Amerika Syarikat sedangkan Sepanyol sendiri tidak mempunyai kuasa di situ.
Bagaimanapun, keadaan sudah tidak berupaya untuk diperbaiki lagi. Kekallah wilayah selatan Filipina di bawah pentadbiran Amerika Syarikat melalui ‘penjajahan di atas kertas’ hingga 1946 (tahun Filipina mendapat kemerdekaan) yang kemudian disambung dengan pemerintahan kerajaan Pusat oleh anak watan dari Manila.
Apa pun, nasib penduduk selatan terutama di Mindanao tidak pernah berubah. Mereka dipinggirkan dari arus pembangunan dengan persengketaan yang berterusan, yang bermula sejak zaman penjajahan Sepanyol yang telah mencetuskan konflik agama antara selatan dengan utara.
Mengikut rekod, penjajah sememangnya pernah cuba mengkristiankan selatan Filipina hingga seorang Sultan Sulu, Sultan Azimuddin @ Alimuddin I pernah dibaptiskan di Manila pada 1750. Beliau menukar nama kepada Don Fernando de Alimuddin, The Christian Sultan of Jolo.
Berdasarkan undang-undang kesultanan Sulu yang ketat, hak beliau dan keturunannya gugur secara automatik apabila meninggalkan Islam. Sultan yang murtad itu malah telahpun memberikan kebenaran kepada mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama mereka di wilayahnya.
Lantaran itu, berlaku perbalahan antara beliau dengan kerabat diraja yang lain hingga akhirnya, Raja Muda Bantilan dilantik menggantikan Sultan Alimuddin I dengan gelaran Sultan Bantilan Muizuddin.
Dengan itu, gagallah usaha untuk mengkristiankan selatan Filipina sebagaimana yang telah dilakukan dengan jayanya oleh penjajah Sepanyol di kepulauan utara.
Sultan yang terbuang akibat murtad itu bersama keluarga dan pengikutnya berhijrah ke Zamboanga, kemudian ke Manila dan diberi sambutan mesra oleh Sepanyol.
Ada maklumat mengatakan, beliau kemudiannya kembali semula ke Sulu dan bertaubat, namun kesahihan maklumat itu tidak dapat dipastikan.
Ganas
Ironinya, kedudukan umat Islam di Filipina hari ini amat menyedihkan. Mereka bukan sahaja telah bertukar daripada majoriti menjadi minoriti malahan diperangi dan dianggap pengganas oleh dunia.
Memang benar ada segelintir daripada mereka yang beraksi sebagai pengganas namun siapakah yang meletakkan mereka dalam kancah ketidakadilan hingga terpaksa jadi begitu?
Meskipun negara telah mencapai kemerdekaan, hak mereka sebagai pribumi terus menerus dipinggirkan. Ruang untuk mereka berekonomi secara selesa dinafikan sehingga mencetus berbagai-bagai masalah sosial.
Setelah keluarnya penjajah asing, mereka tetap juga diberi kan ayanan yang tidak adil dalam pemerintahan oleh anak bangsa. Ini dilakukan atas dasar perbezaan agama.
Itulah dilemanya!
Penduduk selatan yang digelar Bangsamoro ini boleh dianggap mangsa keadaan setelah nenek moyang mereka memilih untuk kekal dalam Islam dan beriman, tidak sebagaimana saudara mereka di Cebu, Luzon atau di mana-mana wilayah Filipina yang lain.
Mereka boleh sahaja memilih untuk hidup senang, aman dan kaya raya dalam arus perdana negara jika sanggup untuk murtad dan bersekongkol dengan penjajah yang telah merampas negara, hasil mahsyul malah agama nenek moyang mereka. Siapa yang sebenarnya mencetuskan keganasan?
Itulah ceritanya 'keadilan' dunia yang berlaku di Filipina!

Ambiga: Penderma RM2.6b Najib mungkin rakyat Malaysia

                              Ambiga
  
Laporan berita terkini mencadangkan bahawa rakyat Malaysia tanpa mengetahui bahawa mereka mungkin adalah penderma yang menyumbangkan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Berhubung jumlah dana yang amat besar itu berasal dari penderma Arab Saudi, Ambiga secara berterus terang menggambarkan mereka yang menyokong teori itu sebagai "bodoh atau tidak jujur".
Menurut Ambiga, beliau langsung tidak mempercayai hujah bahawa keluarga diraja ArabSsaudi menghulurkan wang tersebut kepada perdana menteri.
"Cerita ini tidak pernah konsisten. Ia juga sukar dipercayai kerana tiada siapa yang akan memberi RM2.6 bilion kepada seseorang untuk melakukan apa yang mereka mahu.
"Memandangkan keadaan yang mencurigakan, ramai yang berpendapat bahawa wang itu datang daripada 1MDB.
"Pendedahan terbaru dari Wall Street Journal menunjukkan ini yang sebenarnya berlaku. Penderma adalah rakyat Malaysia, walaupun secara tidak sengaja, terpaksa dan tanpa disedari," katanya kepada
Malaysiakini .
Laporan WSJ mendakwa bahawa sebahagian wang daripada syarikat palsu Aabar Investments PJS berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.
1MDB dilapor memindahkan AS$3.5 bilion kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin yang mempunyai nama yang sama dengan anak syarikat, International Petroleum Investment Company (IPIC) - Aabar Investments PJS - tetapi tidak mempunyai kaitan dengan firma milik dana Abu Dhabi itu.
Sementara itu, Ambiga turut mengulas mengenai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa kerajaan negara itu menyedari mengenai sumbangan berkenaan dan bahawa ia diberikan tanpa jangkaan sebarang balasan.
"Saya percaya apa yang dilaporkan itu tidak mewakli apa yang kita tonton dalam video itu (menteri mengulas mengenai perkara itu).
"Saya tidak fikir mana-mana individu yang waras akan mempercayai apa yang diperkatakan oleh menteri itu tanpa sokongan dengan dokumen.
"Anda tidak boleh tutup perkara (kes) itu berdasarkan komen sambil lalu," katanya merujuk kepada kenyataan menteri itu yang mengulas isu berkenaan di luar sidang kemuncak OIC di Istanbul.

Ahad, 17 April 2016

25 April ini tarikh akhir baru bagi membayar wang tebusan

SEDUTAN video menunjukkan Ridsdell merayu supaya wang tebusan dibayar.

Manila: Kumpulan Abu Sayyaf semalam mengumumkan 25 April ini tarikh akhir baru bagi membayar wang tebusan untuk tiga warga asing dan seorang wanita Filipina yang diculik mereka.
Menerusi rakaman video yang disiarkan di Internet, kumpulan berkenaan menurunkan bayaran wang tebusan dan mengancam membunuh semua mangsa sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.
Dua lelaki Kanada dan seorang lelaki Norway serta seorang wanita tempatan diculik kumpulan lelaki bersenjata dari sebuah resort di selatan Filipina pada September tahun lalu.
Mereka dipercayai disembunyikan di kawasan hutan di pulau Jolo yang dikenali sebagai kubu kuat Abu Sayyaf.
Dalam video berkenaan, tebusan itu yang diacukan pisau di leher merayu keluarga dan kerajaan mereka membayar wang tebusan berjumlah 300 juta peso (RM25.34 juta) untuk setiap seorang.
Jumlah wang tebusan itu turun berbanding tuntutan sebelum ini iaitu 1 bilion peso (RM84.46 juta) untuk setiap seorang.
“Ini adalah peringatan terakhir. Kami akan memenggal seorang daripada mereka pada jam 3 petang, 25 April ini,” kata seorang militan bertopeng. – Reuters/HMetro

Jumaat, 15 April 2016

Kes Tembak Foh Sang - Dua Ditemui Maut

Kota Kinabalu: Dua lelaki ditemui mati, dipercayai ditembak, dalam sebuah Toyota Land Cruiser di tepi Jalan Kolam dekat Luyang, di sini, jam 8.15 pagi tadi.
Mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat oleh seorang suspek menunggang sebuah motosikal. Ketika ini, sepasukan anggota polis dan unit forensik masih menjalankan siasatan di lokasi.
Sumber : BHarian

Khamis, 14 April 2016

10 sebab kenapa Najib bertanggungjawab pada 1MDB


MASA UNTUK BERTANYA : Apakah dengan terbitnya laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) minggu lepas maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlepas dari segala kebertanggungjawaban dan dakwaan salah laku dalam hubungan dengan 1Malaysia Development Bhd?
Kita memberikan 10 sebab kenapa Najib harus mengambil tanggungjawab ke atas 1MDB - beliau sepatutnya lebih bertanggungjawab berbanding sesiapa jua, termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang menjadi mangsa untuk episod sedih, kesal firma tersebut secara menyeluruh.
Berikut adalah 10 sebab kenapa Najib menjadi individu paling bertanggungjawab dan sepatutnya diberi kebertanggungjawaban atas apa yang berlaku pada 1MDB :
1. 1MDB adalah ilham Najib. 1MDB yang dirancang menjadi sebuah firma pembangunan strategik yang akan membawa masuk pelaburan asing langsung dan membolehkan pelaburan dalam bidang strategik. Najib tidak akan terlibat dalam semua aspek operasi 1MDB, pastinya, namun sebagai pemberi buah fikiran utama, Najib tentulah mengambil berat mengenainya.
2. Najib adalah perdana menteri. Sebagai perdana menteri, Najib mempunyai tanggungjawab muktamad untuk memastikan berbilion ringgit yang dijana itu dilaburkan oleh agensi kerajaan dengan sasaran matlamat dan kaedah yang betul.
3. Najib adalah menteri kewangan. Okay, selaku perdana menteri, beliau menyerahkan urusannya kepada para menteri dan lain-lain pegawai atas apa yang melibatkan 1MDB.

Kuasa ditangan rakyat untuk menentukan kerajaan


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesejahteraan rakyat terutama golongan kurang bernasib baik wajar diberi perhatian kerana mereka mempunyai ‘kuasa’ dalam menentukan pemerintahan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata kuasa rakyat itu akan diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada kerajaan pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU).
“Rakyat perlu diberi kepedulian kerana kuasa rakyat adalah kuasa keramat setiap lima tahun sekali,” katanya ketika menutup Kembara Kebajikan 1Malaysia anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di sini, Ahad.
Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Mengenai program berkenaan, Ahmad Zahid berkata ia wajar diteruskan kerana berjaya memberi kesan positif dalam kehidupan masyarakat terutama golongan kurang bernasib baik.
Pada sidang media kemudian, Ahmad Zahid berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat terus menambah bilangan penerima bantuan di seluruh negara.
Pada masa sama, beliau berharap bantuan yang diberikan kepada kumpulan penerima terutama golongan kurang berkemampuan dapat ditingkatkan sesuai dengan keperluan mereka.
“Dari segi bantuan oleh kementerian serta agensi berkaitan memang masih tidak puas hati lagi kerana kita faham ada kekangan kewangan.
“Bagaimanapun, kita berharap sumbangan yang diberikan akan memberi faedah kepada penerima…pada masa sama penerima sumbangan haruslah berterima kasih,” katanya.
Sementara itu, Rohani berkata pihaknya berhasrat mengadakan program Kembara Kebajikan 1Malaysia setiap tahun, berbanding dua tahun sekali ketika ini. – Bernama

14 Khasiat Timun Untuk Kesihatan Anda


Timun adalah makanan seharian yang penuh khasiat dan boleh digunakan dalam pelbagai masakan atau boleh dimakan mentah begitu sahaja. Bila anda membeli timun pilih yang keras dan berwarna hijau gelap untuk mendapatkan kesegaran timun.
Timun memberikan khasiat seperti berikut:
1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.
2) Khasiat Timun Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.
3) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).
4) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.
5) Khasiat Timun Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
6) Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.
Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.
7) Khasiat Timun Memulihkan Mata
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
8) Khasiat Timun Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.
9) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
10) Khasiat Timun Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi.
Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
11) Khasiat Timun Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.
12) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
13) Khasiat Timun Menyembuhkan mabuk (hangover)
Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.
14) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.

Ahad, 10 April 2016

RAFIZI ADALAH PENJELMAAN HANG NADIM MODEN YANG PERLU DIBANGGAKAN.


Polis ada hak mengikut kuasa dan undang-undang yang ada kepadanya untuk menangkap dan menyiasat Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Rafizi sendiri juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
Sebelum ini berbagai tindakan dikenakan ke atasnya, termasuk laporan polis ekoran keberanian dan kelantangan membongkar penyelewengan demi penyelewengan membabitkan pemimpin kerajaan.
Sebelum ini pun beliau sudah beberapa kali “dijemput” polis.
Namun beliau tetap dengan tugas dan tanggungjawabnya. Rafizi tidak sedikit pun terkesan dengan apa yang yang diterimanya. Beliau seolah seronok bermain dengan ombak perjuangan. Rafizi adalah penjelmaan Hang Nadim moden yang perlu dibanggakan.
Bahkan pernah dalam satu percakapan dengannya, beliau membayangkan ada usaha untuk memenjarakannya dan melucutkan kedudukan sebagai ahli parlimen.
Petang ini, sebaik keluar dari Parlimen, Rafizi ditangkap dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana dikatakan mendedahkan dokumen yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Apakah penahanan Rafizi hari ini sebagai pemulaan untuk menyekat dan menghentikan kelantangan ahli parlimen berkenaan? Atau pun memberi isyarat kepada pemuka-pemuka lain agar berwaspada?
Saya rasa tidak. Sebagai anak muda berjiwa Jebat yang telah mempersiapkan dirinya untuk menjadi pejuang rakyat, beliau sudah bersedia segala-gala baik dari segi mental dan fizikal. Sebelum mencecah kaki ke air dia sudah tentu menyukat dalam atau tohor lautan yang bakal diharunginya.
Rafizi bukan seperti sesetengah lelaki lain yang rapuh dan teruja dengan upah. Dia pun boleh mencari senang kalau dia mahu dengan menghentikan segala kritikan dan pendedahannya yang menyakitkan hati Najib Razak dan Rosmah.
Kalau dia bersedia berbuat begitu tentu dia akan diraikan. Tetapi tidak begitu dengan Rafizi. Semangat dan kecekalan yang ada kepada pemimpin ulungnya yang juga mentornya, Anwar Ibrahim mungkin menjadi azimat kepadanya.
Keberanian, ketegasan dan keulitan Anwar telah memasuk ke dalam dirinya. Rafizi adalah juga bayangan Anwar.
Tahan dan siasatlah Rafizi. Cuma apa yang diharapkan semoga pihak berkuasa berlaku adil terhadapnya. Jangan pula sejarah akan mencatat sesuatu yang kotor kerana ia mencemarkan nama baik negara dan pemimpin pada periode ini.
Kita tidak mahu peristiwa malang dan sedih yang pernah menimpa bekas TPM Anwar Ibrahim pada tahun 1997 dahulu akan berulang kembali. Anwar yang tangannya bergari ditumbuk sehingga lebam biji mata. Masihkah kita ingat? – http://msomelayu.blogspot.my/

Tiga Lelaki Ditahan Miliki Bakakok Di Kinabatangan

Berita Pilihan, Jenayah, Mutakhir
gambar hiasan

KINABATANGAN : Tiga lelaki ditahan berikutan penemuan satu senapang buatan sendiri atau Bakakok dan tiga peluru dalam operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan Ladang Maxland, Tongod.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata tiga lelaki itu merupakan antara 37 orang termasuk 34 PATI yang ditahan dalam operasi oleh polis bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Jabatan Imigresen.
Katanya PATI yang ditahan terdiri daripada 25 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 12 dan 51 tahun.
Sebanyak 35 rumah yang melibatkan seramai 115 orang diperiksa dalam operasi itu, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata seramai 37 pegawai dan anggota terlibat menjayakan operasi selama dua hari berkenaan yang berakhir pada pukul 7.30 pagi ini.
Katanya polis masih menahan reman tiga lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut, manakala PATI diserahkan kepada Jabatan Imegresen.
— BERNAMA

Khamis, 7 April 2016

Lelaki Ini Share Trik Beli Tiket Flight Murah: No. 2 & 6 Tu Ramai Tak Tahu!


Melancong sudah jadi trend di kalangan rakyat Malaysia tak kira samada destinasi dalam dan luar negara. Bila ke luar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Semua pelancong cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak tahu bagaimana.
Pemilik blog berkonsep pelancongan, Wan Farhan berkongsi petua bagaimana nak beli tiket kapal terbang pada harga terendah di blognya iaitu kakikujalanjalan.blogspot.my. Jom kita baca trik yang beliau amalkan.
1. Tempah Hari Selasa & Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.
3. Hari Terbang Yang Sesuai
Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai 'hari kurang sibuk' untuk sistem
tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.
4. Cari 'Best Deal' Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan 'Best Deal' kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.
5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan 'lapangan terbang utama' bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang 'kecil' yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!
6. Buang 'Cookies'
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!
7. Bandingkan Harga
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan
terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:
1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software
Kredit: kakikujalanjalan.blogspot.my

Operasi pembenihan awan dilakukan di Sabah


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memulakan operasi pembenihan awan di Sabah hari ini dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Labuan.
Ketua Pengarah MetMalaysia Datuk Che Gayah Ismail berkata operasi itu bermula 11 pagi.
"Operasi begini selalunya mengambil masa satu atau dua jam, bergantung pada lokasi awan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata operasi itu dijalankan bagi menghilangkan jerebu di udara yang berpunca daripada kebakaran tanah gambut di negeri ini dan ia akan diteruskan sepanjang minggu ini sekiranya perlu.
Di LABUAN, pengarah Pejabat MetMalaysia Donis Gunting berkata empat tangki air garam digunakan dalam operasi itu.
Menurut beliau, setiap tangki mengandungi 1,500 liter air garam yangdisembur ke dalam awan di Beaufort, Menumbok, Membakut, Kuala Penyu, Sipitang, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan kawasan lain di kawasan luar bandar Sabah.
"Kami berharap operasi ini akan berjaya dan membantu menghasilkan hujan di kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Air Labuan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti). - Bernama

Dr M: Najib betul, sebenarnya RM50b bukan RM42b


Bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah 'betul' dan beliau salah berkenaan hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB.
"Laporan itu (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) kata ia bukan hanya RM42 bilion tapi RM50 bilion. Lebih dari itu.
"Jadi saya salah kerana sebut angka lebih kecil dan saya rasa RM50 bilion juga tidak betul, boleh jadi lebih lagi," kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu Najib hari ini berkata laporan PAC membuktikan Dr Mahathir membuat tuduhan palsu bahawa RM42 bilion hilang dari 1MDB.
#Malaysi

Berani ke, Rahman Dahlan debat dengan LGE



Pengarah Strategik Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang beberapa waktu kebelakangan ini begitu lantang mengkritik KM Pulau Pinang berhubung isu Taman Manggis akhirnya dipelawa oleh KM Pulau Pinang Lum Guan Eng untuk berdebat di tempat terbuka dan berharap agar debat itu juga akan disiar secara langsung menerusi TV3.
"Saya rela berdepan dengan menteri walaupun dia ada maklumat, saya tak ada. Tapi saya rela berdebat berdasarkan maklumat terakhir yang saya ada dari pihak berkenaan.
"Kalau mahu (ditayangkan di televisyen), di TV3 lebih baik. TV3 tiap-tiap malam hentam saya.
"Kami semua tak ada dokumen tapi berani berdepan kerana tak ada apa-apa nak disembunyikan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Persoalannya beranikah DSA Rahman Dahlan berdebat dengan Lim Guan Eng?? Kita tunggu dan lihat respon Rahman Dahlan..

Rabu, 6 April 2016

Mahathir akui gagal dapatkan 24 wakil BN bagi guling PM

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa usaha untuk mengenalpasti sekurang-kurang 24 wakil rakyat BN yang sanggup menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menemui kegagalan.
Menulis di blog, katanya, percubaan telah dibuat untuk mengenalpasti ahli parlimen BN yang tidak mengutamakan diri sendiri, rasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap negara untuk bersama wakil dari pembangkang.
Namun usaha itu tidak berjaya kerana sebahagian besar mereka takut dikenakan tindakan oleh Najib jika menyokong usul undi tidak percaya berkenaan.
“Percubaan ini gagal kerana walaupun mereka sedar akan kesalahan Najib, tetapi kerana kepentingan diri, kerana takut tindakan seperti yang dilakukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, takut juga kepada lain-lain tindakan oleh Najib, tidak ada yang sanggup menandatangani pengakuan menyingkir Najib.
“Oleh itu undi tidak percaya tidak boleh dibuat,” katanya.
Pemimpin pembangkang sebelum ini mendedahkan terdapat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong usul undi tidak percaya yang didakwa diedarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Razaleigh bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang peranan dengan SD berkenaan.
Menurut Dr Mahathir, wakil rakyat BN yang menjadi majoriti di Dewan Rakyat sudah mengikat diri dengan Najib untuk tidak menandatangani sebarang deklarasi yang tidak menyokong Najib.
Beliau berkata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan juga mengakui menerima dana daripada Najib.
“Pengakuan oleh Shahrir Samad dan Ahmad Maslan serta kenyataan oleh Datuk Seri Nazir Razak, adik Najib, bahawa dia telah diberi wang sebanyak AS7 juta untuk diagih kepada pemimpin BN, mengesahkan penerimaan sogokan oleh Najib.
“Oleh itu untuk menjayakan usul tidak percaya kepada Najib tidak mungkin dilakukan,” katanya,
Sehubungan itu, Dr Mahathir merayu orang ramai supaya menandatangani Deklarasi Rakyat bagi Selamakan Malaysia yang diterajuinya.
Katanya, sejarah semasa melawan Malayan Union membuktikan bahawa suara rakyat boleh membawa perubahaan.
“Setelah Raja-Raja dipaksa oleh British menandatangani perjanjian menyerah negeri-negeri Melayu kepada mereka, rakyat bangun dan mendesak Raja-Raja supaya tidak menghadiri dan mengiktiraf pelantikan Gabenor bagi Malayan Union.
“Raja-Raja pun tidak hadir. British terpaksa batal rancangan Malayan Union mereka dan menubuh Federation of Malaya pada 1948,” katanya.
Oleh itu, katanya dengan menandatangani Deklarasi Rakyat bagi mendesak Najib disingkir mungkin tidak berkesan dan perdana menteri tidak akan berundur tetapi Raja-Raja Melayu akan termaklum berkenaan rintihan rakyat.
“Dari peristiwa ini kita boleh buat kesimpulan bahawa suara rakyat ada hikmatnya. Itulah sebab deklarasi rakyat penting,” katanya.

Lanun bersenjata culik empat rakyat Malaysia di perairan Semporna, Sabah

MIRI : Empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lanun bersenjata di perairan Semporna, Sabah ketika dalam pelayaran balik dari Filipina ke Malaysia, pukul 7 malam semalam.
Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang berkata keempat-empat lelaki berumur 21 hingga 34 tahun itu bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama 'Masfive 6' dan ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.
"Kejadian berlaku berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah. Kapal yang digunakan untuk membawa kayu balak semasa kejadian tidak membawa sebarang muatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Junaidi berkata empat lelaki tersebut berasal dari Sibu, bagaimanapun identiti mereka belum dapat didedahkan untuk mengelak rasa panik anggota keluarga.
Beliau berkata identiti penculik juga belum dikenal pasti dan dikatakan mangsa dibawa lari menggunakan bot laju.
Junaidi berkata laporan polis dibuat oleh pengurus pentadbiran syarikat perkapalan tersebut di Balai Polis Pusat Miri malam semalam dan salinan laporan polis itu telah difaksimili ke bilik gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Sabah untuk tindakan susulan.
"Pengurus pentadbiran berusia 35 tahun yang menetap di sini membuat laporan polis setelah menerima panggilan telefon daripada rakan setugas dari Sabah memaklumkan mengenai penculikan itu," katanya.
Beliau berkata pengurus itu akan ke Sabah secepat mungkin bagi mendapatkan situasi sebenar kes penculikan tersebut.
JUNAIDI: Keempat-empat mangsa diculik ketika dalam pelayaran balik dari Filipina ke Malaysia, pukul 7 malam semalam. - Gambar fail
Tag: Culik , semporna , Sabah, Junaidi Bujang , polis Miri , Filipina , Pulau Ligitan
BERITA BERKAITAN

10 Tip Buang Rasa Nervous Ketika Presentation


Saya percaya pasti anda semua pernah mengalami situasi seperti ini saat kamu perlu melakukan ‘presentation’ di hadapan khayalak ramai samada di dalam kelas atau meeting room.
Disini saya ingin kongsikan tips untuk menghilangkan rasa gementar semasa melakukan ‘presentation’
1) Fahami dan dalami slide yang kamu bakal bentangkan. Kalau tidak keberatan, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan dan percakapan kamu jelas dan lancar.
2) Pakai pakaian yang kamu selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk kamu memperagakan fesyen dan gaya.
3) Perlu di ingat, tujuan utama yang harus kamu lakukan adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala maklumat yang kamu masukan dalam slide ringkas dan mudah di fahami.
4) Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih tenang dan berada dalam keadaan yang terkawal.
5) Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan kamu bercakap dalam keadaan tersenyum bukan berkerut. Ini kerana, apabila kamu berkerut, kamu akan membuatkan penonton kamu rasa lebih tertekan dan tidak selesa dengan kewujudan kamu di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu membuatkan penonton memberi feedback yang positif.
6) Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk ‘menghentam’ kamu. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.
7) Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh membuatkan kamu hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya jika kamu tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.
8) Sesuaikan gaya bahasa kamu dengan penonton yang ada. Jika banyak golongan muda, pastikan bahasa yang kamu guna mudah di fahami dan lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal dan teratur.
9) Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan dan hilang minat mendengar segala maklumat kamu.
10) Jika kamu jenis yang gugup. Saat memberi ucapan / membuat presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu rasa lebih yakin. Tetapi perlu di ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kamu sedang menggengam sesuatu ya.

Lelaki & Perubahan Diri Pada Usia 40



lingkungan usia 40 hingga 60 tahun kerap dikaitkan dengan krisis pertengahan usia. Walaupun mungkin ada memandangnya dari sudut negatif, ia sebenarnya sebahagian proses kematangan normal.
Semua orang akan melalui detik perubahan emosi dalam hidup. Namun, bagaimana anda menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup? Ada lelaki berjaya mengharunginya dengan baik.
Bagaimanapun, tidak dinafikan bagi sesetengah lelaki, krisis pertengahan usia sangat merumitkan hingga membawa kepada tekanan perasaan atau mungkin perceraian.
Jika wanita mengalami putus haid, lelaki pula kerap tersepit dalam permasalahan pada usia pertengahan. Ada penyelidik melihatnya sebagai andropaus, namun sebenarnya lebih pada keupayaan seseorang lelaki itu menangani masalah yang dihadapinya.
Perkara paling asas ialah menjaga pemakanan dan bersenam, selain berada dalam persekitaran positif. Lelaki dengan emosi tidak stabil mula berfikiran negatif.
Dia membandingkan kejayaan dirinya dengan rakan, sekali gus memberi tekanan dan mula berasakan kehidupannya akan berakhir tanpa sebarang pencapaian.
Perubahan hormon
Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormon yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan. Hormon testosteron bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan.
Krisis pertengahan umur dalam kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun, hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat. Antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit.
Fungsi seksual juga berkurangan, sekali gus mempengaruhi sosiologi. Perubahan biologi dilalui oleh semua lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama.
Hal ini berkait dengan isu paling asas, menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif. Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya.
Ada juga lelaki yang berkeinginan memulakan hubungan baru kerana melihat kehidupan sosialnya semakin stabil dan anak-anak juga sudah meningkat dewasa.
Lelaki yang berdepan dengan krisis pertengahan umur kerap tidak menyedari masalah sebenar. Isteri atau ahli keluarga rapat boleh membantunya. Perubahan sikap dan mood boleh memberi petunjuk masalah sebenar dialami.
Jika dikaitkan dengan masalah andropaus, perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan moden. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.
Simptom krisis pertengahan usia
·Berasa tidak bahagia dengan hidup atau gaya hidup.
·Bosan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan bidang yang dulu menarik minatnya.
·Mempersoalkan pilihan yang tidak dibuat dalam hidup dan mengapa mereka tidak memilih sebaliknya.
·Marah pada pasangan dan rasa terikat dengannya.
·Tidak berupaya membuat keputusan hala tuju hidup mereka.
·Keinginan menjalin perhubungan baru (Ramai lelaki usia ini menyalah tafsirkan keinginan ini dengan mula mencari alasan berkahwin dengan anak dara. Lebih parah jika memilih anak dara seusia anak sulungnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas).

Kenali Penyakit Gout Dan Pemakanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Gout

GOUT sejenis penyakit yang ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan di mana pengeluarannya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin (zat semula jadi) berprotein tinggi.
Apabila ini terjadi, pesakit gout akan mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan.
Sekiranya pesakit tersebut menghidap gout yang kronik, kehidupan harian yang normal akan terganggu dan perkara yang paling ditakuti ialah berlakunya kecacatan pada sendi dan otot, sama ada ringan atau berat.
Menurut Pegawai Pemakanan, Hospital KPJ Ampang Puteri, Nurul Ain Baharudin, penyakit yang banyak menyerang golongan lelaki ini berpunca daripada pengambilan makanan yang tinggi purin seperti hidupan laut, kekacang, dan daging merah
Katanya, purin ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.
Tambahnya, kekurangan air dalam badan juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.
“Tidak dinafikan, penyakit ini jika sekali terkena sukar untuk sembuh, tetapi kita boleh mencegah serangannya dengan mengamalkan diet seimbang dan mengelak daripada makanan yang mengundang gout.
Makanan yang perlu dielakkan kepada penghidap penyakit gout:
kerang,
ikan salmon,
ikan bilis,
udang ,
ketam
kacang
daging merah
kerana kandungan purinnya tinggi . “Selain itu,
organ-organ dalaman haiwan.
hati
hempedal ayam
perut
otak
usus lembu
daging kambing
kerana kesemua makanan ini mengandungi purin yang tinggi,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Disebabkan itu juga, setiap pesakit gout disarankan agar sentiasa mengamalkan diet mengikut panduan piramid makanan.
Katanya, minuman keras juga patut dielakkan kerana minuman tersebut boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.Oleh kerana pengambilan makanan yang tinggi purin penyebab utama gout, dinasihatkan pesakit mendisiplinkan diri dengan memilih makanan yang mengandungi kandungan purin yang sederhana dan seelok-eloknya mengambil makanan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran atau karbohidrat.
Ulasnya, selain mengawal pemakanan dengan tidak mengambil makanan berprotein tinggi secara berlebihan, terdapat ubat-ubatan tertentu yang dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan.
Pesakit juga dinasihatkan minum air yang banyak setiap hari bagi membantu perkumuhan asid urik daripada badan dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.
Ringkasnya, pemakanan yang harus dikurangkan atau dielakkan adalah protein yang menghasilkan kandungan purin yang banyak kerana zat tersebut penyumbang terbesar kepada pembentukan asid urik.
Begitu pun, tidak semua makanan yang berprotein ada risiko gout, seperti ikan dan telur ayam, tetapi harus diingatkan bahawa penyakit tersebut menyerang seseorang yang mengambil protein secara berlebihan.
Yang pasti, hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa, serta jantina dan ada kes remaja berusia 18 tahun dikesan menghidap penyakit ini.
Pesakit-pesakit gout turut disarankan agar berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.

Zaid harap pemimpin Harapan atau bekas Umno jadi PM

  
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berharap bekas pemimpin Umno atau pemimpin muda dari Pakatan Harapan akan menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Ini kerana beliau tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap 'putera Kelantan’ itu untuk menjadi pemimpin akan datang negara ini.
"Mendengar perbincangannya mengenai isu-isu semasa di TV dan dalam Utusan Malaysia pada minggu lalu mengesahkan bahawa penilaian saya adalah salah.
“Saya minta maaf jika saya dapat meletakkan harapan palsu kepada ramai orang," kata Zaid dalam tulisan terbaru di blog hari ini.
Walaupun beliau tidak menamakan putera itu, namun adalah jelas ia merujuk kepada pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, yang baru-baru ini mengumumkan sokongan penuh terhadap Najib.
"Harapan saya sekarang bergantung kepada pemimpin muda Pakatan Harapan, serta pemimpin bekas Umno yang lain, kerana saya percaya bahawa di antara mereka kita boleh mencari seseorang yang mempunyai kualiti yang orang Melayu sangat memerlukan sebagai pemimpin mereka."
Zaid berharap bahawa kedua-dua belah itu akan mula mempercayai satu sama lain dan bekerjasama untuk meyakinkan orang Melayu supaya menyokong mereka.
"Saya andaikan, sudah tentu, pemimpin-pemimpin ini tidak akan kembali kepada Umno atau mula bercakap tentang mempunyai darah Umno mengalir di tubuh mereka.
"Saya juga andaikan bahawa Pakatan Harapan bersedia mempertimbangkan calon lain selain daripada Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pemimpin pembangkang pada pilihan raya akan datang," katanya.
Zaid adalah antara satu penyokong utama gerakan Deklarasi Rakyat bagi Selamatkan Malaysia yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Deklarasi itu bertujuan untuk menggulingkan Najib dan melaksanakan pembaharuan institusi. Ia disokong oleh ahli Umno yang memberontak termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil.

Speaker siasat sama ada polis hina parlimen

  
Spekaer Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia masih belum dapat menentukan sama ada pihak polis melanggar peraturan tetap parlimen dengan menangkap Rafizi Ramli (PKR-Pandan) semalam.
Katanya, beliau masih belum jelas sama ada tempat Rafizi ditangkap di luar pintu parlimen dikira sebahagian daripada kawasan Dewan Rakyat.
Beliau berkata sedang mendapatkan maklumat berhubung perkara itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis perlu memberi notis kepada speaker terlebih dahulu jika mahu bertindak dalam kawasan parlimen.
“Sekarang ini saya tengah ambil maklumat daripada pihak berwajib sama ada kedudukan di mana kejadian itu berlaku dalam kawasan parlimen,” katanya.
Beliau juga meminta anggota dewan bersabar sementara beliau menyiasat perkara itu.
Beliau menjawab usul Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menghina parlimen.
Johari berkata speaker sebagai payung wakil-wakil rakyat harus mempertahankan kesucian dewan itu.

Selasa, 5 April 2016

Anak Najib Tun Razak mengamuk!!!


Anak Najib telah dihentam oleh pengguna-penguna laman facebook yang lain dan cuba anda lihat apa reaksi mereka selepas anak Dato Seri Najib meluahkan kemarahannya di Twitter, yela bila orang mengutuk ayah sendiri mesti la marah dan berbulukan? Zazzzzz tengok sendiri komen-komen tersebut

Batal majlis kahwin kerana tiada penyanyi

Gambar hiasan

RIYADH - ARAB SAUDI - Dek kerana permintaan bakal ibu mertuanya yang mahu menangguhkan perkahwinan hanya kerana tiada persembahan penyanyi, seorang lelaki membatalkan perkahwinannya beberapa jam sebelum majlis berlangsung malah bertindak berkahwin dengan wanita lain pada malam tersebut.
Memetik Emirates 24/7, ibu pengantin perempuan mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan kerana penyanyi yang sepatutnya mengadakan persembahan pada malam perkahwinan tersebut membatalkan persembahan.
Ibu pengantin perempuan enggan membenarkan anaknya itu berkahwin tanpa persembahan penyanyi itu dan meminta supaya keluarga pengantin lelaki mengubah tarikh perkahwinan anak mereka.
Namun permintaan ibu pengantin itu ditolak kerana menurut pengantin lelaki, jika majlis tersebut ditangguhkan, dia perlu mengeluarkan bayaran sekali lagi untuk dewan, makanan dan perbelanjaan lain.
Bagi mengelakkan masalah lain, bapa saudara pengantin lelaki kemudian menyuruh lelaki itu berkahwin dengan anaknya malah majlis perkahwinan turut dilakukan pada malam yang sama.
Menurut sumber, wanita yang juga sepupunya itu turut bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
Insiden ini viral di media sosial dan kebanyakan netizen menyalahkan ibu pengantin perempuan kerana keputusan yang tidak masuk akal memandangkan segala persediaan telah dilakukan.

Militan IS ancam serang London

Antara paparan dalam video berkenaan.


LONDON - BRITAIN. Kumpulan militan IS melalui sebuah rakaman video mengancam akan melakukan serangan keganasan di London, Berlin dan Rome, lapor The Independent.
Video yang dinamakan "Fight Them, Allah will punish them by your hand," menyeru ekstremis membunuh orang kafir di mana sahaja kamu menjumpai mereka.
Selepas menunjukkan rakaman serangan di Paris dan Brussels, serta tragedi 19 September, mereka memberi mesej amaran kepada negara-negara yang menentang IS.
"Jika semalam serangan di Paris, hari ini di Brussels, tuhan mengetahui di mana serangan esok.
"Mungkin ia akan berada di London atau Berlin atau Rom," petik video itu.
Filem propaganda tersebut telah dikeluarkan pada Isnin oleh kumpulan yang dikenali sebagai Al Wa'ad Media, aktivis di Raqqa mengatakan sokongan IS.
Mendakwa bertanggungjawab bagi pengeboman yang membunuh lebih daripada 30 orang di Brussels bulan lalu, militan itu mengancam untuk membawa lebih "hari gelap" ke Eropah.

Ahad, 3 April 2016

Polis Sabah sahkan empat rakyat Malaysia diculik di perairan Ligitan Sabah

Po
KOTA KINABALU : Polis Sabah mengesahkan empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, kira-kira 6.15 petang, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata empat rakyat Malaysia berumur 21 hingga 34 tahun itu merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.
Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.
"Di dalam kapal tunda itu, terdapat juga lima individu lain masing-masing warga Myanmar dan Indonesia, tetapi mereka dilepaskan oleh kumpulan bersenjata itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara perbarisan tamat latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Siri 2/2015 di sini hari ini.
Abdul Rashid berkata polis juga sedang menyiasat dan mengumpul maklumat termasuk mengenal pasti lokasi sebenar kejadian itu berlaku.
"Kita jangan terus membuat kesimpulan mengatakan ini kawasan kita, mungkin juga ini berlaku di perairan antarabangsa, tetapi oleh kerana mereka dalam perjalanan nak ke Tawau, maka laporan segera dibuat kepada kita.
"Kawasan perairan Ligitan yang dikatakan berlakunya kejadian itu luas dan ada aset kita (di sana). Jadi kita sedang menyiasat dan menunggu keputusan adakah betul berlaku di perairan kita, ataupun belum masuk ke perairan kita," katanya.
Abdul Rashid berkata beliau difahamkan kapal tunda dan kru telah dibawa ke Tawau, selain pihaknya turut mengambil keterangan daripada kru berkenaan bagi mendapatkan maklumat mengenai kes tersebut.
Setakat ini, belum ada panggilan diterima daripada penculik bagi permintaan wang tebusan, katanya.
Empat rakyat Malaysia yang bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama 'Masfive 6' diculik ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.
Pengurus pentadbiran syarikat perkapalan tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak semalam setelah menerima panggilan telefon daripada rakan setugas memaklumkan mengenai penculikan itu.

WSJ: Dana AS$155 juta 1MDB biayai 'Wolf of Wall Street'


Siasatan di dua negara mempercayai dana 1MDB berjumlah AS$155 juta (RM603 juta) disalurkan ke syarikat produksi Red Granite bagi penerbitan filem 'The Wolf of Wall Street' pada 2013, menurut laporan Wall Street Journal ( WSJ ).
Wang dari firma pelaburan Malaysia yang bermasalah itu dipindahkan kepada Red Granite pada tahun 2012 melalui laluan berliku membabitkan syarikat luar pesisir, kata WSJ yang memetik mereka yang rapat dengan sisatan dan disokong oleh dokumen yang diteliti oleh akhbar berkenaan.
Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, 39, adalah pengerusi Red Granite, sebuah syarikat penerbitan filem yang ditubuhkan pada 2010.
Walaupun tidak dikenali, Red Granite berjaya mengumpulkan AS$100 juta untuk pembikinan 'The Wolf of Wall Street', sebuah filem yang memaparkan kisah seks dan dadah dalam pasaran saham yang dibintangi oleh pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.
"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan sepina kepada beberapa pekerja dan bekas kakitangan Red Granite dan kepada sebuah bank serta sebuah firma perakaunan yang digunakan oleh syarikat itu," kata laporan
WSJ itu.
Seorang jurucakap Red Granite berkata syarikat itu telah "memberi reaksi kepada semua pertanyaan dan bekerjasama sepenuhnya" dengan siasatan.
Beliau berkata syarikat produksi itu tidak mempunyai sebab untuk mempercayai sumber pembiayaannya adalah mencurigakan.
Riza sebelum ini menafikan bahawa Red Granite dibiayai oleh wang yang berasal dari Malaysia.
Dalam wawancaranya bersama akhbar New York Times pada 2014, beliau memberitahu bahawa pelabur utamanya adalah ahli perniagaan Abu Dhabi, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
"Al-Husseiny adalah rakyat Amerika yang kemudian menerajui Aabar Investments PJS, yang adalah cabang pelaburan Abu Dhabi yang dikenali sebagai IPIC. Firma milik negara itu mempunyai urusniaga dengan 1MDB. Sebagai contoh, IPIC menjamin beberapa bon dana Malaysia.
"Sehubungan dengan jaminan IPIC, 1MDB dalam laporan korporat 2012 berkata syarikat berkenaan menghantar AS$1.4 bilion kepada Aabar sebagai cagaran," kata WSJ .
Menurut penyelidik, wang itu tidak dihantar ke Aabar tetapi kepada sebuah syarikat lain yang mempunyai nama yang hampir sama yang ditubuhkan oleh Al-Husseiny di Kepulauan British Virgin iaitu Aabar Investments PJS Ltd".
"Para penyiasat percaya wang AS$155 juta itu kemudian mengalir ke Red Granite Capital, sebuah firma yang ditubuhkan oleh (Riza) Aziz untuk membiayai syarikat filem itu."
WSJ berkata dokumen menunjukkan tiga pemindahan ke Red Granite Capital pada tahun 2012 - AS$60 juta, AS$45 juta dan AS$50 juta.

Sabtu, 2 April 2016

Mahathir: Penulis surat perlu jawab soalan kekayaannya


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu penulis di belakang surat yang dikatakan menjanjikan sumbangan ribun jut ringgit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjawab beberpa soalan penting yang berkaitan dengan 'derma' itu.
Mahathir dalam blognya hari ini, berkata penulis surat itu perlu menjawab soalan mengenai sumber kekayaan, bank serta cara jumlah wang yang besar dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
Bekas perdana menteri itu juga menegaskan terdapat perbezaan antara tarikh surat berkenaan dan waktu apabila orang ramai mendapat tahu tentang ‘derma’ tersebut dan mempersoalkan wang dalam akaun peribadi Najib tahun lalu.
Mahathir berkata, surat - bertarikh 1 November 2011 - telah menjawab semua soalan yang hanya dituntut tahun lalu selepas Wall Street Journal mendedahkan AS$681 juta berada di akaun peribadi Najib.
"Surat ini sepatutnya membuktikan bahawa wang itu adalah hadiah namun ia penuh dengan percanggahan mengenai tarikh, jumlah wang dan kekerapan pembayaran.
"Ia seolah-olah penulis, yang mendakwa sebagai 'Putera Saudi Abdulaziz Al-Saud’ pada tahun 2011 mengetahui bahawa pada tahun 2015 kewujudan 'hadiah' brkenaan akan diketahui, terdedah dan penjelasan akan diperlukan,” kata Mahathir.
The Australian Broadcasting Corporation (ABC) telah menerbitkan surat daripada Abdulaziz kepada Najib Selasa lalu.
Dalam surat itu, putera berkenaan menjanjikan AS$375 juta kepada Najib dengan menyatakan bahawa perdana menteri boleh melakukan apa sahaja yang disukainya dengan hadiah berkenaan.
Sementara itu, dalam nada sinis, Mahathir berkata siaran episod selama sejam oleh ABC akan "menjelaskan segala-galanya".
Memetik laporan ABC yang mengesahkan bahawa dana itu adalah sebagai hadiah untuk digunakan sebagai mana yang perdana menteri melihat sebagai sepatutnya, Mahathir mengakui bahawa ini sesungguhnya adalah "berita baik".
"Sekarang televisyen kerajaan perlu menyiarkan berita ABC supaya semua orang akan tahu bahawa Najib adalah betul.
"Tetapi jangan hanya siarkan sebahagian daripada konteks. Tunjukkan keseluruhan siaran ABC untuk membuktikan Najib tidak bersalah Najib," katanya dalam nada menyindir.
"Hanya selepas itu akan rakyat akan yakin. Bahawa Najib hanya bercakap benar, semua yang benar, dan tidak lain kecuali kebenaran."