Jumaat, 29 April 2016

Bot kecil lanun disyaki ekori kapal

BEBERAPA bot laju disyaki lanun mengekori kapal pembekal minyak di perairan Labuan.

Kota Kinabalu: Kapal pembekal minyak menghantar isyarat selepas mengesyaki kehadiran beberapa bot kecil dipercayai lanun berhampiran pelantar minyak di perairan Kikeh, Labuan, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, kru kapal pembekal minyak dalam perjalanan dari pelantar minyak di perairan Kikah 120 kilometer dari Laut Labuan, sebelum menyedari empat bot laju mengekori mereka.
Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, sebaik menerima isyarat itu kapal APMM bergegas ke lokasi kejadian dan tidak menemui sebarang aktiviti luas biasa berhampiran pelantar minyak berkenaan.
“Kita ada menerima laporan mengenai kejadian itu dan kebetulan kapal kita berada berhampiran perairan itu sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Namun tidak menemui apa-apa dan susulan itu juga kita meningkatkan pemantauan bagi memastikan perairan di Sabah dan Labuan berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – myMetro Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan