Senarai Blog Saya
Khamis, 31 Mac 2016
Nazir sahkan terima AS$7 juta dari abangnya, Najib'
Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilapor mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.
Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbar The Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.
"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain,” katanya dalam laporan WSJ hari ini.
"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir.
Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.
Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.
Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya kemudian dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.
WSJ berkata seorang jurucakap CIMB enggan mengulas ketika dihubungi. Malaysiakini juga sudah menghubungi Nazir dan sedang menunggu jawapannya.
Laporan itu juga berkata satu lagi pemindahan berjumlah hampir AS$70,000 dibayar kepada anak perdana menteri, Norashman Najib pada 4 Julai, 2014.
#Malaysiakini
Rabu, 30 Mac 2016
Taman Manggis: Kerajaan BN dulu tolak perumahan rakyat tapi kini salahkan DAP
GEORGE TOWN, 30 MAC: Dokumen rasmi tahun 2005 yang didedahkan hari ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional yang sebenarnya menolak cadangan tanah Taman Manggis di sini untuk dijadikan kawasan projek perumahan rakyat (PPR).
Kini pimpinan BN cuba baling batu sembunyi tangan dengan menyalahkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, melalui pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas.
Dalam satu sidang media di sini hari ini, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, berkata pada sekitar tahun 2005 (sewaktu BN menjadi kerajaan negeri), cadangan pembinaan PPR pada 2003 telah ditukar dengan cadangan projek bercampur melibatkan rumah kedai.
“Saya merujuk kepada cabutan minit butir-butir mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ke 34 tahun 2005 bertarikh 28 September 2005 bertajuk ‘Cadangan Pembangunan Baki Tapak Tanah Kerajaan Negeri Persimpangan Jalan Burma Jalan Zainal Abidin’.
“Apa yang disebut dalam minit mesyuarat itu ialah; Yang Berhormat Teng Chang Yeow memaklumkan Majlis bahawa sebuah perumahan kos rendah telah dimajukan di atas sebahagian tapak tanah yang berkenaan, dan adalah dicadangkan supaya baki tapak tanah yang berada di Jalan Burmah (di Taman Manggis) dibangunkan dengan projek campuran dengan rumah kedai dan kuarters kerajaan di belakang,” jelasnya.
Pada masa itu, Teng Chang Yeow adalah Adun BN merangkap Exco Kerajaan Negeri. Kini beliau adalah Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang.
Pendedahan dokumen mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2005 terpaksa didedahkan kerana pimpinan BN cuba mengaitkan pembelian rumah Guan Eng dengan status tanah Taman Manggis, dengan niat BN menimbulkan tohmahan unsur rasuah.
Menurut Jagdeep yang juga Adun Datok Keramat, dokumen rasmi mesyuarat itu turut mendedahkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon pada masa itu, berpandangan bahawa tapak tanah Taman Manggis itu boleh ditawarkan tender kepada pemaju swasta supaya kerajaan negeri tidak perlu menanggung kos yang tinggi.
“Cabutan minit mesyuarat yang diklasifikasikan semula ini secara jelas menunjukkan cadangan dalam memo tahun 2003 telah diganti satu cadangan baru pada 2005.
“Ia menunjukkan jelas bahawa cadangan asal untuk membangunkan PPR telah digantikan oleh kerajaan terdahulu dengan cadangan pembangunan bercampur iaitu rumah kedai pejabat dan kuarters kerajaan di atas tanah tersebut,” katanya. – Roketkini.com

Putrajaya: Media Australia sahkan kenyataan Najib
Media Australia telah mengesahkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penemuan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi beliau adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi, kata Putrajaya.
"Siasatan termasuklah pemeriksaan forensik ke atas setiap pindahan," kata seorang jurucakap kerajaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.
“Pihak berkuasa Malaysia turut dihantar ke Arab Saudi untuk meneliti dokumen dan menemubual anggota keluarga diraja serta pegawai yang mengendalikan derma berkenaan.
"Seperti dinyatakan dalam surat dari Arab Saudi yang dibocorkan, derma itu adalah hadiah kepada perdana menteri atas usahanya mempromosi kesederhanaan dalam Islam dan kepemimpinannya membanteras keganasan serta ekstremisme, selain inisiatif melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.
"Kandungan surat berkenaan jelas menunjukkan derma itu boleh digunakan oleh Perdana Menteri seperti mana yang difikirkan patut dan akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat milik penderma, tanpa mengharapkan sebarang manfaat sebagai balasan," kata jurucakap itu.
Semalam, Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) menerbitkan surat itu adalah daripada putera Arab Saud Abdulaziz Majid kepada Najib.
Bukan rasuah
Dalam surat itu, putera itu menjanjikan AS$ 375 juta kepada perdana menteri dengan berkata Najib boleh melakukan apa sahaja yang disukainya dengan pemberian itu.
Lambang surat rasmi itu menunjukkan ia adalah pejabat peribadi "Saud Abdulaziz Majid al Saud" manakala surat itu pula kononnya ditandatangani oleh "HRH Putera Saud Abdulaziz Al-Saud".
Putera Abdulaziz Majid adalah cucu kepada Allahyarham Raja Abdulaziz - raja pertama keluarga Saud.
Beliau adalah gabenor kota suci Madinah pada masa surat itu ditulis iaitu bertarikh, 1 November, 2011.
"Surat ini dikeluarkan sebagai niat baik dan bagi penjelasan. Saya tidak mengharapkan apa-apa kepentingan peribadi sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada pemberian itu.
"Pemberian itu tidak seharusnya dianggap sebagai rasuah keranal ini adalah bertentangan dengan amalan Islam, dan saya secara peribadi tidak menggalakkan amalan tersebut dalam apa cara sekalipun," kata surat itu.
Najib telah berulang kali menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, dan menyalahkan individu tertentu mengadakan komplot untuk menggulingkannya.
Pengkritiknya, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetap tidak yakin dan terus menyerang Najib berhubung wang yang disalurkan ke dalam akaun banknya.
Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
Anak kapal kecam anak Zahid: Budak ini sungguh biadap
Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengecam anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS).
Dalam kenyataannya, Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kelihatan amat marah dengan tindakan itu sehingga beliau menghamburkan pelbagai kritikan keras terhadap Nurulhidayah.
“Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin,” katanya.
Ismail juga menyifatkan tindakan anak Datuk Seri Zahid Hamidi itu sebagai tidak sensitif serta mengguris dan menyakitkan hati pramugari MAS.
Nurulhidayah sebelum ini menulis:
“Langkah penjimatan syarikat, naik AirAsia pun boleh, Malaysia Airlines hmm (bapak mahal! - bahasa pasar), pramugari pun dah tua-tua. Harap pandangan kasar saya ini tidak dipandang sebagai mencampur dasar kerajaan. #jangankecamsaya.”
Beliau bertugas sebagai ketua bahagian komunikasi korporat di Syarikat Perumahan Negara Bhd.
Tulisan itu bagaimanapun telah dibuang di laman sosial itu tetapi rakaman layarnya dikongsi pihak lain di laman penarafan penerbangan Airlineratings kira-kira 2.30 hari in
Ismail berkata, sebagai anak kepada pemimpin nombor dua dalam negara, Nurulhidayah harus lebih berhemah memberi komen di laman sosial.
“Kalau macam ini perangai seorang anak timbalan perdana menteri, maka beliau memang bukan berjiwa rakyat,” katanya.
Sebagai seorang wanita pula, Nurulhidayah harus utamakan maruah dan membela nasib kaum pekerja wanita, bukan mengutuk mereka, kata Ismail lagi.
“Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang timbalan perdana menteri Malaysia yang juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat MAS,” katanya.
Beliau juga nasihati Nurulhidayah supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang akan menyakitkan hati pekerja wanita dan bersikap lebih rendah diri dan tidak “mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal”.
Sementara itu, dalam tulisan lain petang ini, Nurulhidayah berkata beliau meminta maaf kepada kakitangan MAS yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam perkara itu.
Bagaimanapun, katanya, komen beliau itu bukan sahaja pengalaman sendiri semata-mata tetapi juga rakan-rakan lain yang mengalami pengalaman buruk serupa.
Dua Abdulaziz - 'penderma' Najib atau seorang pembunuh
Adakah putera Arab Saudi yang didakwa menyalurkan jutaan dolar Amerika Syarikat ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu adalah bekas gabenor Madinah atau seorang pembunuh yang disabitkan kesalahannya?
Itu adalah antara soalan yang ditimbulkan oleh penonton dokumentari terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) berhubung surat yang kononnya dari keluarga diraja Arab yang memberitahu Najib "untuk berbuat sesuka" dengan derma yang disumbangkan oleh putera berkenaan.Ini adalah kerana lambang surat rasmi itu menunjukkan ia adalah pejabat peribadi "Saud Abdulaziz Majid al Saud" manakala surat itu pula kononnya ditandatangani oleh "HRH Putera Saud Abdulaziz Al-Saud".
Putera Abdulaziz Majid adalah cucu kepada mendiang Raja Abdulaziz - raja pertama keluarga Saud. Beliau adalah gabenor kota suci Madinah pada masa surat itu ditulis iaitu bertarikh, 1 November, 2011.
Bapa Putera Abdulaziz Majid adalah Putera Majid Abdulaziz, anak kepada Raja Abdulaziz.
Walau bagaimanapun, kekeliruan timbul sekiranya seseorang menyelidiki latar belakang "Putera Saud Abdulaziz Al-Saud" atau Putera Abdulaziz, kerana terdapat seorang lagi putera Arab dengan nama yang sama iaitu seorang pembunuh yang didapati bersalah telah menjalani hukuman penjara seumur hidup di United Kingdom semasa surat itu dikeluarkan.
Putera yang disabitkan kesalahan membunuh itu adalah Putera Saud Abdulaziz Nasir Al-Saud, yang sejak itu dilaporkan telah dihantar pulang ke negara asalnya untuk menjalani hukuman.
Daripada dua nama putera itu, perbezaannya tidak banyak tetapi nama bapa mereka adalah hampir sama.
Putera yang kononnya menderma dengan murah hati kepada Najib itu menurut surat dalam laporan ABC adalah Putera Abdulaziz Majid yang adalah Abdulaziz anak kepada Majid.
Sementara putera Arab Saudi yang didapati bersalah kerana membunuh dan menjalani hukuman penjara seumur hidup itu adalah Putera Abdulaziz Nasir, atau Abdulaziz anak kepada Nasir.
Selasa, 29 Mac 2016
MYTV bakal dilancarkan Jun ini.
Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.
Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).
“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.
“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.
Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.
Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.
Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.
Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.
Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.
Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.

Pantai timur Sabah selamat dikunjungi - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
SANDAKAN: Tahap keselamatan di pantai timur Sabah berada pada tahap terbaik dan selamat dikunjungi pelancong, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Beliau berkata, ia berdasarkan pemantauan serta lawatan kerjanya ke kawasan pelancongan di sekitar daerah ini serta Kinabatangan sejak beberapa hari lalu.
Beliau berkata, lawatannya ke Sabah kali ini bertujuan memberi keyakinan kepada pelancong dalam dan luar negara bahawa kawasan pantai timur Sabah selamat dikunjungi.
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang berkawal dan meronda 24 jam melalui pertukaran tugas enam kali sehari, bagi memastikan keselamatan di pantai timur Sabah sentiasa terjamin," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena lawatan kerja ke daerah ini, malam tadi.
Yang turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun dan Pembantu Menterinya, Datuk Kamarlin Ombi.
Sementara itu, Mohamed Nazri berkata, usaha mempromosi kawasan pelancongan di setiap daerah di negeri ini perlu dilakukan secara lebih agresif dan dipergiatkan.
Bagi tujuan itu, katanya, persatuan pelancongan di setiap daerah perlu aktif mempromosi kawasan pelancongan masing-masing dan tidak semata-mata bergantung kepada kerajaan negeri atau Persekutuan.
"Sabah ini terlalu luas, maka sudah sampai masanya setiap daerah di Sabah kena agresif, kita kena promosi tempat pelancongan di daerah.
"Kalau kita promosi sebagai negeri, orang tidak tahu ke mana nak pergi, sebab itu saya mahu kita promosi secara agresif kerana di sesuatu daerah di Sabah memiliki banyak tarikan serta keunikan tersendiri yang boleh menarik pelancong," katanya.
#bh

7 Panduan Guna Minyak Masak Ini Elak Penyakit
7 Panduan Guna Minyak Masak Ini Elak Penyakit
Dalam kebaikan minyak yang ada, terselit juga kemudaratan seandainya digunakan dalam kuantiti yang banyak. Kebaikannya ialah minyak dapat menyalurkan sumber tenaga dengan cara paling mudah. Minyak juga memiliki komponen yang akan membantu penyerapan vitamin seperti DHA, AHA, dab beberapa vitamin lain yang amat penting untuk fungsi otak dan sel membran.
Macam mana dengan keburukan? Anda patut tahu, minyak boleh menyumbang kepada beberapa masalah utama seperti jantung dan obesiti. Tapi usah risau, kita semak beberapa pandian ini:
1. Gunakan kuali yang tidak melekat bagi menjimatkan minyak.
2. Seelok-eloknya gunakan minyak baru untuk menggoreng.
3. Jangan biarkan sisa makanan dalam takungan minyak. Ia akan mereput dan mempercepatkan perubahan struktur molekul minyak.
4. Elakkan menggunakan minyak yang sudah rosak.
5. Minyak yang dihasilkan daripada sumber sihat juga boleh menjadi sebaliknya sekiranya dipanaskan pada suhu yang salah.
6. Semakin lama minyak digunakan semakin likat struktur minyak itu.
7. Jangan biarkan api menyala lama untuk memanaskan kuali, sebaliknya cepat-cepat masukkan bahan.
Rampas pesawat untuk tarik perhatian bekas isteri
Suspek perampas pesawat penerbangan Egyptair MS181
LARNACA - CYPRUS. Suspek yang merampas pesawat penerbangan Egyptair MS181 hari ini didakwa melakukan jenayah tersebut untuk menarik perhatian bekas isterinya.
Menurut Seif El Din Mustafa, dia mahu memberikan surat kepada bekas isterinya yang tinggal di Larnaca.
Memetik laporan terkini CNN, Seif telah membebaskan sebahagian besar penumpang pesawat namun masih mengurung tiga lagi penumpang dan empat anak kapal.
Menteri Penerbangan Awam Arab Saudi, Sherif Fathy Ateyya berkata, dakwaan suspek mempunyai tali pinggang yang diisi bahan letupan masih belum disahkan.
"Tetapi kami menganggap dakwaan tersebut benar untuk langkah berjaga-jaga," kata Sherif.
Sementara itu, pihak berkuasa telah mengetatkan kawalan dan menempatkan penembak tepat di lokasi kejadian.
Sebarang maklumat mengenai proses rundingan masih belum diketahui setakat ini.
#sinarharian

Harimau Malaysia - Macau seri tanpa jaringan
Pemain Malaysia, Norsahrul Iddlan Talaha (kanan) berebut bola dengan pemain Macau, Cheang Cheng Leong dalam perlawanan persahabatan kedua-dua pasukan di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini. Permainan berkesudahan seri 0-0. - Foto Bernama
HARIMAU Malaysia terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Macau walaupun mengawal hampir keseluruhan permainan.
Walaupun berada di ranking 166 berbanding Macau di kedudukan 195, nyata Harimau Malaysia gagal mempergunakan kelebihan ini apabila serangan ke arah gawang pelawat banyak dipersiakan pemain.
Bermula dengan agak perlahan, kedua-dua pasukan nyata lebih berhati-hati dalam minit-minit awal dengan permainan lebih banyak bertumpu di bahagian tengah padang.
Lebih 15,000 penonton yang membanjiri Stadium Hang Jebat tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan ketangkasan Harimau Malaysia.
Pemain negara yang mula menemui rentak permainan, terus melancarkan beberapa serangan ke arah gawang Macau. Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan Harimau Malaysia seringkali mengagalkan percubaan yang dilakukan.
Harimau Malaysia hampir membolosi gawang Macau pada minit ke- 25 apabila sepakan leret Norshahrul Idlan Talaha dari luar kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol Macau, Cheang Cheng Leong.
Percubaan ini seakan menaikkan semangat anak buah Datuk Ong Kim Swee bilamana Harimau Malaysia terus mengawal permainan dan melancarkan serangan demi serangan terutama dari sebelah kiri pintu gol Macau menerusi Matthew Thomas Davies.
Peluang terbaik Harimau Malaysia memperoleh gol tiba pada minit ke-37 apabila bola hantaran kapten Mohd Amri Yahyah kepada Mohd Nazrin Mohd Nawi berjaya menewaskan keseluruhan barisan pertahanan Macau.
Walaupun sepakan leret Mohd Nazrin berjaya menewaskan Cheng Leong, namun tiang gol Macau menyelamatkan gawang pelawat daripada dibolosi.
Separuh masa kedua menyaksikan Harimau Malaysia meneruskan penguasaan mereka.
Dan sebagaimana separuh masa pertama, mereka seringkali dikecewakan hantaran-hantaran kurang kemas, terutama di hadapan gawang Macau, sekaligus membolehkan barisan pertahanan pelawat mematahkan setiap serangan.
Harimau Malaysia sekali lagi mempersiakan peluang pada minit ke-66 apabila tandukan Muhammad Shahrom Abdul Kalam jauh tersasar walaupun beliau langdung tidak dikawal dalam kotak penalti Macau.
Peluang terbaik Harimau Malaysia tiba pada minit ke-78 apabila sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal dari jarak 25 meter di luar gawang Macau berjaya ditepis Cheng Leong.
Harimau Malaysia sekali lagi mendapat peluang keemas pada minit ke-83 apabila Amri berjaya menewaskan keseluruhan barisan pertahanan Macau bagi menanduk bola sepakan percuma Mohd Hafiz dari sebelah kiri pintu gol, yang sekali lagi berjaya ditepis Macau berjaya Cheng Leong.
Gawang Macau sekali lagi nyaris dibolosi pada masa tambahan permainan apabila sepakan percuma Mohd Hafiz dari jarak kira-kira 30 meter di luar kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gol Macau tetapi penalti terkena palang gol.
Khir vs DSAI? Apa sudah jadi undang-undang di Malaysia..
Inikah yg dikatakan undang2 Malaysia yang adil ???
Anda fikir2kanlah...
Keadaan (1).. Khir Toyo yg BERKEADAAN SIHAT SEJAHTERA jalani hukuman penjara 12 bulan dapat bebas keluar penjara dengan parol jalani baki tahanan di dalam
rumah.
Keadaan (2).. Anwar yg KURANG SIHAT & terjejas kesihatannya tidak dibenarkan jalani tahanan di rumah KERANA ZAHID HAMIDI BAGI TAHU Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang untuk melaksanakan penahanan banduan di rumah..
NAMPAK TAK PUTAR BELIT ZAHID !!!.. Banduan Umno lagi mulia & beruntung berbanding jadi banduan pembangkang..
#suara rakyat
Khir Toyo keluar penjara dengan parol hari ini
PETALING JAYA : Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberikan parol, hari ini selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.
Menurut rakan baik Mohamad Khir , Roslan Dian yang memberitahu FMT , Mohamad Khir yang diberikan parol, akan menjalani baki hukuman di luar penjara dengan tinggal bersama keluarganya di rumah , di bawah pengawasan pegawai parol.
“ Mohamad Khir telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan, tetapi baki enam bulan tidak semestinya enam bulan . Kini dia ( Mohamad Khir ) akan menjalani baki tahanan di dalam rumah , ” ujarnya.
Mohamad Khir disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM 6 . 5 juta pada harga RM 3 . 5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.
Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Dr Mohamad Khir.
[TERKINI] SENARAI NAMA Kedai Business Online Yang Menipu / Diragui
INFO YANG BERMANFAAT
Sila rujuk senarai nama kedai atau business online yang menipu ni jika anda kerap melakukan pembelian di internet.
Malaysia sebenarnya masih mundur dalam hal pembelian barang secara online kerana masih ramai yang menipu dan menjadi mangsa tipu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tak seperti Korea. Kebanyakan perniagaan mereka adalah secara talian. Penghantaran on the spot adalah antara yang terbaik. Sebab itu mereka mampu maju dalam masa yang singkat. Tapi di Malaysia masih ramai makhluk yang mengambil kesempitan di atas kecanggihan teknologi. Macam mana Malaysia nak maju kalau berniaga pun tipu orang. Untung nak cepat. Kalau perniagaan orang lain maju, mulalah nak sabotaj. Adeh..
Bagi pembeli, sebaik-baiknya lihat testimoni atau komen pembeli yang lain dulu samada beliau peniaga yang boleh dipercayai atau tidak. Kalau takde testimoni sila tinggalkan. Dalam Islam pun ada kata; kalau was-was elok tinggalkan.
Berikut adalah antara nama kedai online di Malaysia yang menipu ramai pembeli. Harap berjaga-jaga:
1 ) Az Iman
Report by many people, payment made but nothing have been deliver. Gambar ambil dari google
2) Assyaima Collection
Report by Siti Suhaila , order barang lain tapi dapat barang lain. Bila sms tak reply
3) Kartisha Little Bizhub
Report by Zetty Ezhard , beli perfume last year, kata authentic tapi rupanya fake. Bau macam sabun, bila email balik tak reply. No telefon tak provided
4) Jason / Ah keong / YU KAM LEAN
Report by many people , jual gadget. Sell BB for rm500 end up semua customer dia tak dapat apa2. Memang ramai dah kena. More than RM10k ++ Please beware
5) Imaya Gadget @ Anisah Derahman (kutu gadgets)
Report by Laksamana Cheng Ho , 4 bulan tak dapat barang, dia just refund RM300 and balance until now tak settle. Post kat wall dia block.
6) Wawa Najwa ZK’nas Lens
Report by Cik N Syuhada , until now tak refund duit
7) Yanti Shaterz
Report by many people, mak kutu yang makan duit haram
8 ) Babyrina
Report by Nik Norazne , ramai dah kena tipu and dia ada byk FB.
http://www.facebook.com/princess.babyrina
~ http://www.facebook.com/reena.colections
~ http://www.facebook.com/profile.php?id=100002641425341
~ http://www.facebook.com/lolypopprincess.reena
~ http://www.facebook.com/profile.php?id=100003265896181&ref=ts
9) Coachbagz wonderland
Report by Nurliza Eirlina , jual handbag dari luar negara, dah bayar depo last year but until now barang tak sampai. Email and inbox dia bagi alasan kena tipu dengan supplier tapi sampai sekarang masih active berniaga.
10 ) Katty Eng
Report by Nurul Shahida Syabil , RM130 sampai sekarang tak refund. Barang tak sampai. Now dah block orang
11) Set Nona Roguy
Report by Siti Hajar , dia jual set bersalin. Nama kat akaun maybank Nur Shuhada Ishak. Ramai dah terkena
12) Thalia Amanie @ Juliana Sulaiman
Report by many people , main kutu yang makan duit orang. More details :
FULL NAME —> JULIANA SULAIMAN
NO IC —> 870207495266
NO HP —> 017656278
NO ACC —> CIMB ACC ( 1222-000-3976-201)
ALAMAT —> NO 9,PANGSAPURI SERI NIPAH,OFF TMN PINGGIRAN USJ 4760
SBG JAYA SELGR
13) KIKI GAJET @Muhammad Shaz
Report by Nora Madi Norazmadi , dah bayar deposit RM400, terus kena block. Number phone 0174643265
14 ) Buabuai Buaian cukur Jambul
Report by Love Haikal , duit dah bayar, video tak dapat, fb diblock, call and sms tak layan. Kena pada 13 nov 2011. no phone 01935335784
15) Rainbow House @ Chong Kar Ying
Report by Teia Zakariah , beli lens tak dapat lagi.
16) Koleksi Kpop Eshop @ Norfazilawati Binti Jefferi 01112026208
Report by Faten Suhana and Deana Abdullah , beli 2 baju tapi tak dapat2 lagi sampai sekarang
17) Jualan Mega @ Sarah by Mohd Jamaian
Report by Nabela Dyana , beli ypad budak 30pcs and iphone 4s mainan budak until now tak dapat lagi
18) Door to Door @ Sharifah Nuzaihan Syed Fisol
Report by Amna Nafeesa II , dia jual gadget murah. Sampai sekarang tak dapat. Total loss RM6K.
19) Lens Collections
Report by Chibbi Maruko , total RM345. tak pulangkan lagi duit sampai sekarang.
20 ) Nor Aymylia Bt Normazlin
Report by Puan Ain Juih , beli samsung galaxy tab tapi dapat tablet china. Ramai dah terkena dgn dia. Total loss RM1.6k
21) Nellisa Abd Rahman
Reported by many people , mereka jual barang2 baby , susu dan diapers, barang tak pernah sampai ramai dah tertipu
22) Bee florian @ Aizan Fong Abdullah
Reported by many people, dia ni memang dah bertahun tahun terkenal dengan menipu. Kalau cari fb dia memang dah takde so just beware dengan nama dia tu.
23) Rosidah Abdullah
Reported by many people , dia ni suka buka kedai tiru nama kedai seller lain so nanti customer akan keliru. So just beware dengan nama dia bila nak buat payment nanti. Maybank 163091006206 , hp 01114990713 / 01114944617
24) Butik Beg Tangan Berjenama @ Wan Syazwani maybank 158305218738
Reported by many people, fb dia pun dah hilang sekarang. Dapat duit terus senyap then deactivate fb.
25) Adayana Perfume @ Syahidan Ahmad
Reported by many people, after payment barang tak sampai. Macam2 alasan diberikan.
26) Kedai Gadget @ Faizah binti Md Rejab
Reported by many people , kutu gadget dan jual ada jual gadget tapi kalau dah bayar jgn harap barang akan sampai. DIA MASIH ACTIVE DI LUAR SANA PLEASE BEWARE.Ni no dia 0179895662
27) Korean Sweety Eye
Reported by many people, after payment dia akan block dari msg/wall
28) Kedai saya @ Mohd Syazamie
Reported by Aina Jessturaya, orang tu mengaku diri pekerja court mammoth penang and jual barang murah & ansuran. After masukkan duit dia akan block terus. Tracking number yang tipu dia bagi
29) Babydynas Collections & Babydynas Kutu Frenz
Reported by many people, ada few people je yang dapat refund dari dia. Yang lain semua dia kebas duit. Senyap sampai sekarang
30) Aida Isyhaidar @ Norhaida bt Jamaludin
Reported by Princess Davinci , dia ni kutu jam. Duit lesap
31) Kedai Sri Mawar @ Azizah Bt Bakar from Bachang Utama
Reported by Siti Qis Junior , peniaga emas. After dah dapat duit dia block customer.
32) Blackberry Hotshop @ Maria Ariffa Mazlan
Reported by Lynn Domo, customer mintak COD, dia setuju tapi dengan syarat bayar deposit RM500. bila yang nak jumpa, dia tak datang. Call tak jawab.
33) Tudung Abu Dhabi
Reported by 5 people, service lambat. Ada yang dapat after 2 week dah bayar itu pun after dah push and bagi warning.
34) Kasih Damia Shoppe / Kasih Damia Collections
Reported by Ros Zaiha , owner kedai ni nama Suhaila. Beri alasan macam2, barang sampai kesudah tak dapat.
35) Lim Anna
Reported by many people, boleh tengok dekat photos posted by Poisonous apple, dia print screen orang2 yang bagi wall post mintak refund money and post barang.
SUMBER: KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG TIPU MAKAN DUIT HARAM

ABC dedah surat putera Arab Saudi pada Najib
Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.
Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah” itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.
Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.
“Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang,” menurut surat itu.
Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia.
Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bagi mendapatkan ulasan mereka.
#Malaysiakini
BAGI MUHYIDDIN LAWAN NAJIB DALAM PEMILIHAN UMNO – TUN MAHATHIR
Tun Dr Mahathir menulis di blog chedet.cc
menggambarkan bagaimana berlakunya pertandingan di dalam Umno antara beliau dan Tengku Razaleigh maka mengapa Muhyiddin dihalang menandingi Najib dengan penangguhan pemilihan UMNO.
Kepada penulis ‘Pemilihan Umno’ itulah sahaja caranya menghentikan ‘stalemate’ permainan catur politik Najib ini yang pernah digelar oleh Shahrizat Jalil sebagai ‘Grand Master of Chess’ kerana kelicikan politiknya ini.
Tidak perlulah bermain sentimen politik agama dan kaum kerana buruk padahnya menjelang PRU14 kelak malah silap-silap boleh tercetus perang saudara. [Minta dijauhkan …]
Ikuti tulisan Tun Dr Mahathir di bawah:
KIT SIANG DAN DR MAHATHIR – TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
1. Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.
2. Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
3. Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh UMNO. Dalam pertandingan antara saya dengan Tengku Razaleigh ahli dan pemimpin UMNO secara terang boleh memihak kepada Tengku Razaleigh. Saya tidak menakutkan mereka, tidak membuang mereka dari jawatan atau parti. Yang Menteri terus jadi Menteri, demikian juga Ketua Bahagian dan perwakilan.
4. Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.
5. Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima 1 juta dan Ahmad Maslan 2 juta (laporan di sini). Takkan yang lain tidak dapat habuan.
6. Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin.
7. Ini bukan UMNO lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.
8. Jangan soal saya. Soal diri sendiri. Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari Kerajaan berharga RM60/- satu kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500/- satu kaki persegi, mengenakan cukai G.S.T. keatas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk bayar hutang 1MDB sebanyak 42 billion Ringgit…
…memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU 13 tetapi, kononnya belanja lebih dari 1 billion Ringgit untuk PRU 13 tetapi kemudian hantar balik kepada penderma 2.03 billion. Tak masuk akal 2.6 tolak 2.03 tinggal berapa? Dari mana datang 1 billion lebih yang kononnya dibelanja untuk PRU 13. Perbelanjaan yang begini banyak menyalahi undang-undang.
9. Najib memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai 1 dari 10 negara yang mengamal rasuah terbesar. Najib sendiri dicemuh diseluruh dunia. Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap UMNO, terhadap orang Melayu, terhadap negara.
10. Rakyat lebih benci melihat ahli UMNO yang menyokong Najib daripada ahli UMNO berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib.
11. Kami tak makan dedak sesiapa. – chedet
* Gambar Free Malaysia Today
Pesawat EgyptAir dirampas
SEBUAH pesawat domestik EgyptAir dari Iskandariah ke Kaherah dirampas hari ini dan dipaksa untuk mendarat di Cyprus. - Foto Reuters
GREECE: Sebuah pesawat domestik EgyptAir dari Iskandariah ke Kaherah dirampas hari ini dan dipaksa untuk mendarat di Cyprus, lapor radio tempatan.
Perbadanan Penyiaran Cyprus melaporkan terdapat 55 orang penumpang dan tujuh anak kapal dalam penerbangan itu.
Terdahulu, laporan menyatakan 80 hingga 81 penumpang berada dalam pesawat berkenaan.
Sekurang-kurangnya seorang lelaki dalam pesawat berkenaan dipercayai bersenjata.
Difahamkan rampasan berlaku di wilayah maklumat penerbangan Cyprus dan penerbangan itu dilencongkan ke Larnaca.
Pesawat berkenaan adalah Airbus A320. - Reuters
Dr M: Umno bisu, pekak, buta paksa saya bersama DAP
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas ahli dan pemimpin bawahan Umno yang marah kerana dirinya bersama pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sambil mengakui kerjasama itu memang pelik dan aneh kerana mereka adalah musuh ketat, namun katanya, beliau dan Lim mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
“Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh Umno.
“Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib.
“Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong,” tulisnya di laman blog.
Menurut Dr Mahathir, kerana kepentingan diri dan tamak, ahli Umno dan pemimpin parti itu sanggup menjual kepentingan diri, bangsa, negara dan agama.
Soalnya apakah mereka berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit negara dan mengenakan cukai GST ke atas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM42 billion.
“Tidak ada ahli Umno selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap Umno jatuhkan Najib, tidak mungkin.
“Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. (Tan Sri) Shahrir (Samad) mengaku dia terima satu juta dan (Datuk) Ahmad Maslan dua juta. Takkan yang lain tidak dapat habuan,” katanya.
Negara rasuah
Dr Mahathir berkata Najib yang memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU-13 juga telah memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai satu daripada sepuluh negara yang mengamal rasuah terbesar.
Katanya, Najib sendiri dicemuh di seluruh dunia.
“Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap Umno, terhadap orang Melayu, terhadap negara,” katanya.
Atas sebab itu, menurut Dr Mahathir berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Najib dan membidas ahli-ahli Umno yang menyelar kejasama itu.
“Ini bukan Umno lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli Umno yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang.
“Yang tidak sayang Umno ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain,” katanya.
Dr Mahathir seterusnya meminta ahli-ahli Umno yang pernah diterajuinya supaya jangan menyoal dirinya tetapi menyoal diri sendiri.
“Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari kerajaan berharga RM60 setiap kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500 bagi satu kaki persegi?” soalnya.
Beliau mengakhiri tulisannya dengan berkata “kami tak makan dedak sesiapa.”
Kongres Rakyat diadakan di Shah Alam pada Ahad lalu yang menyaksikan 19 pemimpin, termasuk Dr Mahathir mengambil bahagian dengan menyatakan sebab mengapa Najib mesti berundur.
Hadir sama adalah beberapa pemimpin Umno seperti timbalan presidennya yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri besar Kedah yang dipecat, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pemimpin Umno itu dirakamkan menjulang tangan dengan musuh-musuh politik mereka seperti Datuk Seri Azmin Ali, Kit Siang dan Datuk Mahfuz Omar.
Kumpulan itu juga sedang mendapatkan satu juta tandatangan sebelum akhir tahun ini.
Pesawat EgyptAir dirampas
SEBUAH pesawat domestik EgyptAir dari Iskandariah ke Kaherah dirampas hari ini dan dipaksa untuk mendarat di Cyprus. - Foto Reuters
GREECE: Sebuah pesawat domestik EgyptAir dari Iskandariah ke Kaherah dirampas hari ini dan dipaksa untuk mendarat di Cyprus, lapor radio tempatan.
Perbadanan Penyiaran Cyprus melaporkan terdapat 55 orang penumpang dan tujuh anak kapal dalam penerbangan itu.
Terdahulu, laporan menyatakan 80 hingga 81 penumpang berada dalam pesawat berkenaan.
Sekurang-kurangnya seorang lelaki dalam pesawat berkenaan dipercayai bersenjata.
Difahamkan rampasan berlaku di wilayah maklumat penerbangan Cyprus dan penerbangan itu dilencongkan ke Larnaca.
Pesawat berkenaan adalah Airbus A320. - Reuters
GREECE: Sebuah pesawat domestik EgyptAir dari Iskandariah ke Kaherah dirampas hari ini dan dipaksa untuk mendarat di Cyprus, lapor radio tempatan.
Perbadanan Penyiaran Cyprus melaporkan terdapat 55 orang penumpang dan tujuh anak kapal dalam penerbangan itu.
Terdahulu, laporan menyatakan 80 hingga 81 penumpang berada dalam pesawat berkenaan.
Sekurang-kurangnya seorang lelaki dalam pesawat berkenaan dipercayai bersenjata.
Difahamkan rampasan berlaku di wilayah maklumat penerbangan Cyprus dan penerbangan itu dilencongkan ke Larnaca.
Pesawat berkenaan adalah Airbus A320. - Reuters
Isnin, 28 Mac 2016
RM50 upah menghadiri himpunan Najib
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri Pahang pada Sabtu ini didakwa menggunakan ahli-ahli UMNO di seluruh negeri itu yang akan diberikan upah.
Menerusi maklumat yang tersebar di laman sosial, penganjur program Himpunan Solidariti bagi menyambut ketibaan Najib itu menyenaraikan beberapa lokasi kunjungannya yang harus diletakkan orang.
Peserta juga perlu menunggu di beberapa kawasan bermula dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan serta 14 lokasi lain.
Turut disenaraikan jumlah peserta yang harus ditempatkan di satu-satu lokasi mengikut jumlah bas yang akan membawa mereka.
Semua peserta yang akan hadir digalakkan memakai baju korporat UMNO atau baju T warna merah dengan segala kos pengangkutan dan wang saguhati bernilai RM50 dibiayai oleh UMNO negeri Pahang.
FMT

Selesaikan dahulu isu rasuah RM100 juta sebelum kritik Tun M
Selesaikan dahulu isu rasuah RM100 juta melibatkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi menjawab kenyataan Khairi Jamaluddin.
Khairy, Menteri Belia dan Sukan menyifatkan saman yang difailkan Dr Mahathir kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gimik politik.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, tindakan Dr Mahathir dan dua yang lain menyaman Najib hanya kesinambungan agenda politik untuk menggulingkan Najib.
“Saya ingin sarankan kepada budak hingusan Khairy Jamaluddin untuk selesaikan isu kes rasuah RM100 juta kementerian beliau terlebih dahulu, Jangan kalut hal lain.
“Budak hingusan Khairy Jamaluddin ni pun kaki bodek minda lemah otak udang, otak dia pun bukan banyak sangat.Ini soal undang-undang. Kalau budak hingusan ini kata ia sebagai gimik politik tak apalah nanti kami sepina dia ke mahkamah.
“Sebagai salah seorang penggubal undang-undang budak hingusan Khairy Jamaluddin harus menghormatinya daripada mempersenda. Kalau Khairy tak percaya dan tidak menghormati proses undang-undang ia bererti beliau tidak layak jadi Ahli Parlimen apatah lagi menjawat jawatan menteri Kabinet,” kata Khairuddin menerusi kenyataan.
Baru-baru ini, Dr Mahathir, Anina Saadudin dan Khairuddin menfailkan saman terhadap Perdana Menteri kerana mendakwa salah guna kuasa dan menuntut ganti rugi RM2.6 bilion dan ganti rugi berpanjangan RM42 juta.
Khairy pula terpalit dengan kontroversi rasuah melibatkan seorang pegawai atasan di KBS yang menyebabkan kerajaan kerugian RM100 juta.
Pegawai itu dan beberapa ahli sindiket penipuan telahpun ditahan reman untuk siasatan.
FMT
Geran MOSTI RM100juta diselewengkan?
Sebelum ini, saya telah mendedahkan bagaimana geran di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang sepatutnya digunakan untuk memacu aktiviti R&D telah disalahgunakan untuk membiayai projek komersil yang tidak pasti nilai R&Dnya.
Oleh kerana Perdana Menteri enggan memberi sebarang maklum balas seperti lazimnya, saya pernah menggesa supaya kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri MOSTI membuat akuan bersumpah bahawa surat-surat itu adalah palsu, seperti berikut:
1. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang diminitkan beliau itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau meminitkan sesuatu mengenai perkara itu;
2. Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang ditandatangani beliau bertarikh 21 Januari 2014 itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau menandatangani surat itu.
Seperti lazimnya juga, kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri MOSTI mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang maklumbalas kepada desakan saya itu.
Oleh sebab itu, saya telah mengajukan dua soalan mengenai perkara ini untuk mengesahkan sama ada Perdana Menteri dan Menteri MOSTI ada menandatangani kedua-dua surat yang saya dedahkan sebelum ini yang membongkarkan skandal geran MOSTI ini.
Saya menerima jawapan dari Setiausaha Dewan semalam bahawa soalan-soalan itu ditolak atas alasan seperti yang diberikan di dalam surat dari Setiausaha Dewan seperti yang dilampirkan bersama.
Saya merumuskan bahawa ini mengesahkan bahawa kedua-dua surat itu adalah sahih dan memang betul Perdana Menteri memberi sokongan agar dana RM100 juta dari geran MOSTI diberikan kepada sebuah syarikat yang mengusahakan projek komersil yang tidak mendapat sokongan institusi kewangan.
Keengganan Dato’ Seri Najib Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah dan enggan menjawab di Dewan Rakyat menjadi bukti bahawa kesemua surat dan dokumen yang saya tampilkan selama ini adalah benar dan sahih.
Dalam tempoh sidang Parlimen minggu ini dan minggu depan, saya akan terus mendedahkan beberapa dokumen lain yang mengesahkan bagaimana syarikat ini tidak layak untuk menerima geran sebanyak RM100 juta dan menguatkan lagi kenyataan saya bahawa berlaku salahguna di dalam pentadbiran pemberian geran apabila geran-geran diberikan kepada syarikat atau projek yang tiada nilai tambah R&D.
Malah, saya berpendapat bahawa penyelewengan geran seperti ini selama ini tidak disiasat dan dihalusi oleh rakyat sehingga telah berlaku ketirisan yang wajar disiasat secepat mungkin.
RAFIZI RAMLI

Ahad, 27 Mac 2016
Nazir Razak: 1MDB - jangan berlaku lagi
Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Abdul Razak berkata perlunya diambil pengajaran dan tindakan bagi memastikan skandal seperti yang melibatkan 1MDB tidak berlaku lagi.
"Masa depan ialah tentang memastikan bahawa 1MDB - tidak berlaku lagi.
"Dalam usaha untuk memastikan 1MDB - tidak berlaku lagi, kita perlu melihat masa lalu dan memahami apa yang berlaku supaya kita belajar daripadanya.
"Supaya mereka yang bertanggungjawab untuk itu, dipertanggungjawabkan untuk itu dan tiada siapa melakukannya lagi," katanya semasa StarLIVE Power Talk Business Series di Menara Star hari ini.
Bagaimanapun, Nazir yang juga adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata proses ini masih berjalan dan belum lagi selesai.
1MDB adalah idea Najib dan beliau juga bertindak sebagai pengerusi lembaga penasihat syarikat dana milik negara itu.
Nazir menegaskan perlu mengambil pengajaran daripadanya bagi memastikan tidak akan ada bahaya moral di mana orang boleh mengulangi apa yang berlaku di 1MDB dan merasakan mereka boleh terlepas.
"Dari segi magnitud kasalahan, apa yang salah, siapa yang buat salah - itu menjadi tugas ketua audit negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan lain-lain dan ia masih berjalan.
[Baca berita penuh]

Pendatang asing Pakistan ke Sabah perlu diperiksa
KOTA KINABALU : Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Richard Malanjun berkata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen perlu bertanggungjawab atas kes lima warga Pakistan yang didakwa memiliki dokumen perjalanan palsu .
Justeru, beliau mengarah agar pihak berkuasa segera melakukan tangkapan ke atas semua warga Pakistan yang berada di Sabah dan dipastikan mereka mempunyai pas yang sah.
“ Bilangan mereka terlalu ramai di Sabah. Kami tidak tahu sama ada mereka memiliki pas yang sah atau sebaliknya , ” katanya .
Empat daripada lima warga Pakistan yang didakwa di Mahkamah Rendah atas tuduhan memiliki dokumen perjalanan palsu memberitahu Ketua Hakim bahawa mereka telah membeli dokumen tersebut daripada seorang pegawai Imigresen .
Manakala , warga Pakistan yang kelima , Sohrab Khan pula mendakwa bahawa dia telah memalsukan dokumen itu sendiri .
Ketua Hakim membatalkan denda RM 10 , 000 yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen ke atas kelima - lima warga Pakistan namun telah menambah tempoh penjara .
Hukuman penjara ditambah daripada tiga bulan kepada 18 bulan bagi Sartaj Khan , 22 ; Saleem Nawab , 32 ; dan Iqbal Hussain Gul Wazir, 37 manakala Ibrar Khan Ibrahim Khan , 22 dan Sohrab Khan pula dikenakan 20 bulan daripada asalnya hanya tiga bulan.
Kelima - lima mereka didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama , yang membawa tempoh penjara dua tahun dan denda.
Terdahulu , Timbalan Pendakwa Raya Nik Syahril Abdul Rahman memberitahu hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Rendah tidak mencukupi dan mendedahkan terdapat peningkatan bilangan pendatang di Sabah terutamanya dari Pakistan.
#freemalaysiatoday
Dr M: Bukan kami tentukan siapa PM, tak semestinya Zahid
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata gerakan 'Selamatkan Malaysia' tidak menamakan siapa yang patut menjadi perdana menteri akan datang.
Mahathir menekankan bahawa keutamaan kumpulan itu pada masa kini adalah untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatannya.
"Selepas itu, kita akan putuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri. Ia bukan untuk kita menamakan perdana menteri daripada sini atau di sana.
"Perkara utama adalah beliau (Najib) mesti pergi kerana dia menjadi penghalang utama," katanya dalam sidang media selepas tamatnya Kongres Rakyat 'Selamatkan Malaysia' di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata berdasarkan konvensyen, perdana menteri adalah pemimpin parti yang memegang kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna Naib Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih jawatan PM jika Najib digulingkan.
"Tidak semestinya," katanya.
#Malaysiakini
Rabu, 23 Mac 2016
LELAKI BINA PIRAMID DI GURUN ATAS ARAHAN MAKHLUK ASING
BANDAR MEXICO – MEXICO. Seorang petani berasal dari Mexico Raymundo Corona membina sebuah piramid Aztec setinggi 6.7 meter di kawasan gurun Mexico, 74 kilometer dari persempadanan Mexico-Amerika Syarikat.
Memetik laporan media tempatan Mexico, odditycentral.com alasan Corona membina piramid Aztec di tengah-tengah gurun adalah kerana mendapat arahan daripada makhluk asing yang pernah menemuinya.
Corona menggambarkan makhluk asing yang mengunjunginya sebagai ‘seorang lelaki’ yang mempunyai ketinggian luar biasa dengan mata berwarna keemasan seperti madu dan berambut putih yang bernama Herulayka.
Berdasarkan cerita Corona, ia mengaku Herulayka berasal dari planet Nefilin, iaitu sebuah planet yang mempunyai ukuran 20 kali lebih besar daripada Bumi dan berada di orbit Orion.
Ujarnya lagi, walaupun sesetengah masyarakat memandangnya sebagai ‘lelaki gila’ dek kerana usaha dan ceritanya itu, namun beliau tidak mengendahkannya.
Menurut cerita Corona, ia dikunjungi Herulyaka pada tahun 1984, ketika dia berusia 33 tahun.
Ujarnya ketika itu, isterinya sedang hamil dan akan melahirkan seorang bayi perempuan ketika Herulayka ‘singgah’ di dalam mimpinya.
Namun, pada suatu malam, beberapa hari setelah mimpi itu terjadi, ia mendapati ada orang datang mengetuk pintu rumahnya. Tanpa disangkanya makhluk di dalam mimpinya itu benar-benar datang untuk mengunjunginya.
“Ia memerintahkan aku untuk membina sebuah piramid,” kata Corona.
“Ketika aku bertanya kenapa piramid, ia mengatakan,’bangunan itu harus seperti keyakinanku, sesuatu yang tak musnah dibadai oleh angin ataupun badai, namun akan selalu teguh ke atas,”, katanya. – Agensi
Polis: Kumpulan Millah Abrahim dikesan beli banyak tanah
Kumpulan ajaran sesat Millah Abraham dikesan telah membeli banyak tanah untuk dijadikan markas operasi mereka, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial (E2) Bukit Aman Datuk Awaludin Jadid hari ini.
Katanya, pembelian tanah itu antaranya di Tuaran dan Simunjan di Sabah, adalah dalam usaha untuk menubuhkan sebuah pemerintahan Islam atau Daulah Islamiah di rantau ini.
"Hasil maklumat dan dokumen yang dirampas kita mendapati kumpulan ini telah menyusun kabinetnya termasuk mempunyai 13 Gabenor di setiap daerah dengan Malaysia yang terakhir.
"Tanah di Sabah itu adalah 'promised land' (tanah yang dijanjikan) ketua mereka," kata Awaludin kepada pemberita selepas memberi penerangan di Seminar Khas Isu Ancaman Keselamatan Negara di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kangar.
Komuniti ajaran ini diketuai seorang pemerintah bernama Ahmad Musadiq berasal dari Indonesia.
Awaludin berkata pembersihan tanah di Simunjan bagaimanapun terhenti apabila traktor yang digunakan terjatuh ke dalam sungai baru-baru ini.
Katanya kedudukan strategik Simunjan dan Tuaran memudahkan pergerakan ke Kalimantan timur dan utara, sementara Daulah Islamiah Millah Abraham melibatkan sebahagian Kalimantan, Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia dan Indonesia.
"Saya difahamkan dua anggota baru kumpulan tersebut diberkas di Perlis baru-baru ini namun tiada butir-butir lanjut diberikan," tambahnya.
Awaludin berkata polis membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiasat seramai 80 orang pengikut kumpulan itu yang ditahan.
Katanya, kumpulan Millah Abraham bagaimanapun tidak terbabit dengan keganasan dan pemerdagangan manusia.
"Namun, kami tidak akan biarkan sebarang isu terlepas pandang lebih-lebih lagi Perlis yang bersempadan dengan Thailand yang menjadi pintu masuk dan transit pelarian asing," tambahnya.
Aliran tersebut dikatakan sesat kerana menganggap orang lain yang belum dibai’at kafir.
Dalam ajarannya, mereka hanya melakukan solat malam, tanpa solat lima waktu.
Pada dasarnya mereka mengaku pengikut Nabi Ibrahim. Mereka mencampuradukkan Islam, Kristian, dan Yahudi.
Program anjuran KDN itu dihadiri kira-kira 500 pegawai kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan dan pelajar sekolah.
- Bernama
Selasa, 22 Mac 2016
Dr M heret Najib ke mahkamah, tuntut ganti rugi RM2.6b
Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.
Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.
Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.
Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.
Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.
Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.
Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.
[Baca berita penuh]
Mereka memohon mahkamah perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib mengambil tanggungjawab terhadap salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam dan atau kemungkiran
fidusiari dalam jawatan awam yang dilakukan olehnya.

Misteri dari segitiga Bermuda
Orang yang Hilang di Segitiga Bermuda Selama 8 Tahun Ditemukan Kembali! Mereka Mengatakan Sebuah Kalimat yang Mengejutkan Seluruh Dunia!!
Misteri dari segitiga Bermuda memang selalu menjadi topik hangat di kalangan ilmuwan. Banyak peristiwa hilangnya pesawat, kapal dan lainnya terjadi disana, banyak ilmuwan yang mempertanyakan kemana hilangnya mereka.
▼ Hebatnya lagi, awak kapal yang ikut terhilang, bisa tiba-tiba muncul di tempat lain beberapa tahun kemudian!
▼ Segitiga Bermuda terletak di sebelah tenggara semenanjung Florida, Amerika Utara. Tepatnya membentuk segitiga di sebelah timur perairan Atlantik yang menghubungkan San Juan, Miami dan Bermuda.
Di lautan ini sering terjadi hal-hal diluar logika manusia, bahkan tidak mungkin dijelaskan oleh ilmu pengetahuan dan teknologi yang ada.
Namun orang yang terhilang selama 36 tahun lamanya, bagaimana mungkin ditemukan kembali?
▼ Tahun 1954 lalu di lautan Karibia, Rogan dan Norton mengemudikan balon udara bersama 50 kontestan lainnya dalam kompetisi balon udara internasional. Hari itu cuacanya sangat cerah namun balon tiba-tiba menghilang di depan semua orang!
Balon udara yang menghilang sekian lama ini ternyata ditemukan lagi di permukaan laut Cuba pada tahun 1990. Pemerintah Cuba sangat ketakutan, bahkan mengira pemerintah Amerika Serikat mengutus senjata rahasia menyerang mereka. Seorang pilot Cuba Agelon of Major mengatakan 1 menit lalunya langit masih begitu bersih sebelum tiba-tiba ada sebuah balon udara.
▼ Ketika militer laut Cuba menemukan balon udara ini, mereka mengira ini adalah senjata Amerika, mereka bahkan mencoba untuk menembaknya.
Sampai akhirnya mereka melihat balon udara ini mendarat di atas lautan. Rogan dan Norton diselamatkan oleh angkatan laut Cuba dan diadili. Rogan dan Norton mengatakan mereka hanya berpartisipasi dalam acara balon udara Puerto Rico dan tidak mengetahui bahwa waktu telah berjalan selama 36 tahun. Mereka hanya merasa ada arus listrik melewati tubuhnya dan semua masuk sekejap mata, menjadi abu-abu, kemudian mereka muncul di Cuba.
Penyelidik dari Chicago, Carl `Al Gore membenarkan bahwa kedua orang tersebut, Rogan dan Norton mengikuti perlombaan balon udara dan menghilang misterius di tahun 1954.
Carl mengatakan ada kemungkinan balon tersebut masuk ke dalam lorong waktu yang bagi mereka mungkin hanya sesaat, namun di bumi telah melewati 36 tahun. Ini adalah lorong ajaib yang memiliki waktu yang berbeda dari bumi.
Baru-baru ini, para ilmuwan kembali menemukan orang-orang yang menghilang di segitiga Bermuda beberapa tahun lalu!
Meskipun tim penyelidik telah mengatakan kepada mereka berulang kali bahwa mereka telah melewati 8 tahun, mereka baru bisa menerima kenyataan itu. Sedangkan mengenai apa yang mereka lakukan hari itu, tidak ada yang bisa menjawab. Karena bagi mereka itu rasanya hanyalah sebentar saja, sepertinya tidak melakukan apapun.
Orang-orang yang menghilang ini tidak merasakan waktu yang berlalu, kemudian tiba-tiba muncul di dunia modern ini! Sungguh luar biasa! Apa sobat cerpen percaya dengan adanya lorong waktu ini?
Terpaksa lupakan cita-cita kerana jadi isteri pemimpin
KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkongsi kisah hidupnya yang terpaksa melupakan cita-cita selepas mengahwini Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walau bagaimanapun, isteri kepada pemimpin nombor satu negara ini berkata, beliau reda dengan ketentuan takdir itu.
"Sudah pasti saya mahu menjadi orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi ketika itu. Ibu bapa sokong saya belajar sebaik mungkin, setinggi-tinggi yang boleh dan tentunya mahu melihat anak perempuannya ini jadi yang berjaya.
"Tapi apabila saya kahwin dengan Datuk Seri Najib banyak yang saya tak dapat buat dan tidak mungkin saya buat. Sebagai isteri pemimpin negara, saya redalah. Bak kata orang putih 'destiny'...ditakdirkan berkahwin dengan pemimpin negara," katanya ketika menjadi tetamu program bual bicara 'Langit Biru' di Bernama Radio, hari ini.
Langit Biru merupakan program 13 episod terbitan Biro Tatanegara (BTN) dan Bernama Radio demi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Melalui bual bicara selama 30 minit itu, Rosmah turut mengingatkan generasi sekarang agar tidak mensia-siakan keselesaan yang dinikmati hari ini.
"Cara kita zahirkan semangat patriotisme memang berlainan jika banding zaman dulu dengan sekarang. Budak-budak sekarang sedar-sedar sahaja, semuanya sudah aman dan tenteram, tapi kita tak boleh 'take it for granted'.
"Alhamdulillah Malaysia sekarang aman, damai dan berjaya. Inilah yang sepatutnya kita kena jaga. Kita sayang dan cintai negara kita sebab bila sayang, kita akan jaga negara kita dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, semangat cintakan negara itu perlu dipupuk kepada anak-anak sejak kecil supaya dia membesar sebagai insan yang sayangkan tanah air.
#sinarharian
REZEKI: ALLAH vs Umno
Ajaran agama mana yg dianutinya skrg ??
HAKIKATNYA... Sungguh kasihan rakyat Brunei, Thai, S'pore, Indonesia & Monggolia TAK DAPAT PELUANG & REZEKI UNTUK ANAK BANGSA MEREKA kerana Umno TIADA di negara mereka...
#ds-media.
Kalau dulu kita dikejutkan oleh Raja bomoh dengan ritual islamic yang mengarut (ramai sahabat muslim kata itu bukan ritual islam), tapi DJY lagi dahsyat,"Umno beri rezeki". Agak agak la bila bagi kenyataan, nanti anak bangsa malu punya pemimpin yang tidak berfikir sebelum buat kenyataan..
Hari tanpa bayang-bayang
jurugambar mencari sudut menarik untuk mengambil gambar telur ayam berdiri pada majlis perasmian Taman Khatulistiwa dan Hari Tanpa Bayang-bayang di Tugu Khatulistiwa, Pontianak.
Pontianak (Indonesia): Mungkin ramai tidak mengetahui bandar Pontianak di Kalimantan Barat, Indonesia akan mengalami fenomena hari tanpa bayang-bayang yang berlaku dua kali setahun pada setiap September.
Fenomena itu yang juga dikenali sebagai peristiwa Ekuinoks berlaku apabila matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan.
Ketika itu, matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengah hari. Ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang jika berdiri di tengah panas berkenaan.
Wakil Balai Pengamatan Dirgantara LAPAN Pontianak Nata Mihardja berkata, bandar Pontianak menjadi tumpuan pelancong pada 21 hingga 23 Mac dan 21 hingga 23 September setiap tahun untuk menyaksikan fenomena luar biasa itu.
Menurutnya, mereka meraikannya melalui sambutan Festival Kulminasi Matahari yang akan berlangsung dua kali setahun di Tugu Khatulistiwa terletak di bandar itu.
“Pelbagai kegiatan kesenian dan kebudayaan diadakan ketika festival berlangsung bagi meraikan detik bersejarah itu apabila matahari tegak di atas kepala tanpa bayang-bayang.
“Tepat jam 11.30 waktu Indonesia Barat, penduduk kota bersama pemimpin masyarakat berkumpul atas pentas khas bagi menantikan detik kedudukan matahari tepat di garisan kosong,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Nata berkata, ketika fenomena itu berlangsung selama tiga minit, satu meja dengan ruang kosong di tengahnya diletakkan di tengah pentas.
“Apabila matahari berada tepat di garisan kosong, cahaya fokus di ruang kosong tengah meja (garisan kosong), manakala di sekeliling meja tiada bayang.
“Apabila bayang di garisan kosong tidak kelihatan, orang ramai mula bertepuk tangan menandakan secara rasminya menyaksikan kulminasi matahari. Fenomena berlaku tiga minit itu diakhiri dengan acara telur berdiri,” katanya.
Bercerita lanjut, Nata berkata, acara telur berdiri unik kerana ketika fenomena itu berlangsung, telur boleh ditegakkan di kawasan landai tanpa tergolek.
“Dalam tempoh ini pengunjung berpeluang mencuba mendirikan telur yang disediakan penganjur. Telur berdiri boleh berlaku dalam tempoh Equinox iaitu kedudukan matahari, bulan dan matahari berada pada sudut paksi sejajar, selain ketika gerhana matahari atau gerhana bulan.
“Ketika itu, dalam kedudukan matahari berada pada sudut paksi sejajar, putih telur tertarik ke bahagian atas, manakala kuning telur tertolak ke bawah untuk membolehkan telur itu menjadi seimbang dan mampu berdiri sendiri,” katanya.
Mengenai tugu Tugu Khatulistiwa di bandar itu, Nata menjelaskan ia dibina ahli geografi Belanda pada 1928 dan tugu itu kemudian dibesarkan pada 1990 dengan ukuran lima kali ganda daripada yang asal.
Bagaimanapun, katanya, ketika ini kedudukan tugu berkenaan tidak lagi secara tepat berada di kedudukan 0 darjah berikutan pergerakan tektonik bumi sejak 50 tahun lalu dengan menyaksikan garisan 0 berganjak 100 meter dari kedudukan asal.
“Akibat perubahan itu, Tugu Khatulistiwa berada pada garisan 0 darjah, 0 minit, 3.809 saat di Hemisfera Utara dan 109 darjah, 19 minit, 19.9 saat di Hemisfera Timur.
“Kerajaan mengambil inisiatif menandakan garisan 0 yang baru 100 meter dari kedudukan tugu.
“Tiada tugu baru dibina, cuma membina satu pentas kecil yang menunjukkan garisan kosong dengan tanda pembahagian hemisfera utara dan selatan,” katanya.
Selain di Pontianak, peristiwa itu juga berlaku di bandar lain Indonesia iaitu wilayah Sumatera Barat, Sulawesi Tengah, Maluku dan Irian Jaya.
Negara lain yang mengalami fenomena sama termasuk Zaire, Uganda, Kenya, Somalia, Equador, Colombia dan Brazil. Selain September, kejadian ini berlaku setiap Mac apabila matahari melintasi Khatulistiwa dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara bumi. – myMetro Online

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Sabtu Ini
Gambar Bulan Penuh
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun ini.
Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di sini hari ini, fasa fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra.
Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra.
Menurut kenyataan itu, di Sabah, bulan akan terbit lebih awal berbanding di semenanjung iaitu sekitar 6 petang dan untuk itu penduduk di Sabah dapat menyaksikan fenomena tersebut bermula dari fasa separa sehingga tamat keseluruhan gerhana.
“Di semenanjung pula, bulan hanya akan terbit sekitar 7.20 malam dan ini bermakna fasa gerhana bulan penuh bermula sejurus selepas bulan terbit,” menurut kenyataan berkenaan.
Lokasi terbaik untuk melihat fenomena tersebut adalah di kawasan yang paling timur dengan ufuk yang tidak terlindung.
Sehubungan itu, ANGKASA dan Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan program pencerapan bulan dan planet Musytari, melihat bintang Sirus dan buruj Belantik (Orion) di perkarangan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.
Selain itu, ANGKASA juga akan membawa Mini Planetarium bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton tayangan filem pendek astronomi secara percuma.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang fenomena tersebut, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) atau hubungi talian 03-22734403/5484.- BERNAMA

Gerhana Bulan Penumbra boleh dilihat malam esok
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada esok iaitu 23 Mac.
Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Wan Hakimah Abd Rahim dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena gerhana tersebut hanya mula dapat disaksikan apabila bulan mulai terbit pada jam 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi.
“Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan “Apogi” 77.5 peratus.
“Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum,” katanya.
Beliau berkata, pihak Angkasa; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Bulan Penumbra mulai pukul 7.30 malam hingga pukul 9.30 malam di Planetarium Negara.
Menurutnya, Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan mencerap Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari selain orang awam dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. -Bernama
Muhyiddin ditawar jadi gabenor, pengerusi PNB
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi berkata beliau mendapat dua tawaran ekoran pemecatan daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri.
Berucap di Kota Tinggi di Johor malam ini Muhyiddin berkata beliau ditawarkan menjadi Gabenor Pulau Pinang serta Pengerusi Permodanan Nasional Berhad (PNB) oleh pihak yang tidak dinamakannya.
Bagaimanapun Muhyiddin dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
Kata Muhyiddin kadang-kadang beliau berasa "agak bodoh" kerana tidak menerima tawaran berkenaan.
"(Sepatutnya) ambik la. Ada (yang) tanya kenapa saya tak ambil (tawaran itu), kemudian ambik RM1 bilion, cukuplah," katanya.
Mengenai dua jawatan berkenaan Muhyiddin berkata dia tidak kisah walaupun terlepas tawaran yang boleh dianggap 'lumayan' itu.
"Sebab itu saya tak ksah, tak apa. Dia sudah pecat saya, tapi (dia bagi) saya tawaran dua perkara. Satu, Gabenor Pulau Pinang. Saya tanya (dia) balik: What? Governor of Penang? Terbayang (di) depan saya (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng menghadap saya dan sembah, melutut.
"Kedua, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB)," katanya di depan kira-kira 1,500 hadirian.
Bagaimanapun tidak jelas sama ada tawaran itu dibuat sebelum atau selepas Muhyiddin disingkirkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.
Menjelaskan keadaan itu Ahli Parlimen Pagoh berkenaan memberitahu tidak dapat menerima tawaran yang diberikan kerana ia membabitkan soal maruah.
"Kalau saya terima maknanya saya makan dedak (boleh dibeli). Rakyat akan berkata orang nombor satu memakan dedak ialah Muhyiddin.
"Saya tak boleh menggadaikan prinsip perjuangan saya hanya kerana ada tawaran jawatan walau setinggi mana sekali pun," katanya.
[Baca berita asal]#MalaysiaKini
Ikan Bertaring Makin Mudah Ditangkap
KAMARUDIN bersama ikan bertaring yang dipancing nelayan.
Tungku – Selepas hampir dua minggu kejadian sejenis spesies ikan bertaring seakan-akan ikan piranha terpancing oleh nelayan dari Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Nala, dekat sini, kini ia dilaporkan semakin mudah ditangkap menyebabkan beberapa nelayan di kawasan berkenaan terkejut.
Menurut nelayan, Mohd Japar Asan, 50, dia bersama rakannya sekali lagi mendapat tiga ekor ikan sama, namun apa yang memeranjatkan mereka lokasi ikan itu lebih dekat dengan kampung berbanding sebelum ini.
“Semalam (kelmarin) kami keluar memancing dan mengambil masa perjalanan hampir 30 minit berbanding sebelum ini yang memakan masa lebih sejam.
“Kawasan perairan berkenaan berhampiran Pulau Buta dan perkara paling mengejutkan kami apabila boleh mendapatkan ikan itu dengan hanya menghumban mata kail pancing sedalam 100 meter,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, sebelum ini, ketika memancing di perairan Bohiyan berdekatan Pulau Gaya, jarak kedalaman mata kail dihumban hampir dua kali ganda berbanding kelmarin.
“Kami merasakan ia semakin mudah dipancing dan selepas pertama kali mendapat hasil tangkapan itu hampir dua minggu lalu…apabila saya turun ke laut pasti akan mendapat ikan yang sama.
“Namun, apa yang terjadi semalam (kelmarin) lebih mengejutkan kerana lebih dekat dengan kawasan perkampungan kami selain paras kedalaman juga tidak dalam untuk mendapatkan ikan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Tungku Kamarudin Hamid berkata, pihaknya berharap ada pihak atau pakar datang melakukan pemantauan berkaitan kejadian itu.
“Mengenai penemuan ikan berkenaan di perairan Tungku, baru-baru ini adalah suatu kejadian pelik kerana ikan itu tidak pernah dipancing sama ada pemancing di daerah ini atau luar.
“Saya harap pakar datang untuk melakukan penelitian mengenai kejadian ini,” katanya ketika dihubungi, semalam. – myMetro Online

Imigresen Tawau Tahan 16 PATI Dalam Operasi Bersama ESSCom
TAWAU : Jabatan Imigresen Tawau menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bagi menjejaki sarang PATI di daerah ini.
Ketua Pejabat Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata dalam operasi di beberapa ladang kelapa sawit di Sungai Burung, Balung bermula 2 pagi tadi, 79 pekerja ladang diperiksa.
“Daripada jumlah yang diperiksa, 13 lelaki dan tiga wanita warga Indonesia berumur antara 16 dan 52 tahun ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
“Kita tidak menahan majikan. Tetapi kita akan siasat PATI yang ditahan untuk mengenal pasti siapa majikan sebenar mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Noraini berkata kesemua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
— BERNAMA
Kerana Pertahankan Diri, Polis Tembak Mati Seorang Lelaki Di Keningau
KENINGAU : Seorang lelaki ditembak mati di sebuah kebun di Keningau petang semalam setelah suspek dikatakan mengancam keselamatan anggota polis yang cuba mendamaikan perselisihan fahamnya dengan jiran.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari E.M Nadzeer berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki berusia 55 tahun itu, berasal dari Kampung Ulu Patikang.
Ini berlaku setelah suspek melepaskan tembakan ke arah polis menggunakan senapang patah buatan sendiri dipanggil ‘ginsuk’ dalam bahasa tempatan.
Katanya, sepasukan anggota polis telah dihantar ke kawasan tanah kebun di kampung tersebut selepas menerima aduan daripada seorang lelaki berumur 68 tahun yang mendakwa diugut bunuh oleh suspek atas pertikaian sempadan tanah kebun.
Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota polis telah mendekati suspek bagi menenangkannya.
“Tetapi suspek menghalakan senapang patah ke arah salah seorang anggota polis sehingga menyebabkan anggota polis berkenaan terpaksa melarikan diri di belakang tangki air berdekatan.
Suspek melepaskan satu das tembakan ke arah polis dan mengenai tangki air.
“Polis membalas tembakan itu untuk mempertahankan diri,” kata Awang Sahari dalam kenyataan di sini hari Ahad.
Menurut beliau, tembakan polis berkenaan mengenai suspek sebelum suspek terjatuh dan pihaknya telah berusaha menyelamatkan suspek namun dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam pada itu, Awang Sahari berkata siasatan pihaknya mendapati suspek dibebaskan dari penjara pada Julai tahun lalu.
Dia menjalani hukuman penjara atas kesalahan menyebabkan kematian pada tahun 2001.
— BERNAMA
Isnin, 21 Mac 2016
Panglima sulu berada disemua DUN Sabah.
Apakah tindakan kerajaan setelah mengetahui bahawa Pengganas Sulu telah melantik Panglimanya diseluruh Negeri Sabah?
Hal ini tidak boleh dipandang mudah, TPM tidak boleh sekadar mendedahkan berita ini, pertanyaannya mana tindakan kerajaan menangkap dan melumpuhkan gerakan Panglima Sulu itu. Tentu rakyat Sabah tidak tenang jika berita ini menjadi Viral dilaman sosial. Lihatlah apakah tidak akan mengundang bahaya bila PATI Sulu yang berkeliaran di bandar-bandar Sabah tanpa ada kengkangan agresif dari kerajaan.
Berikut laporan berita yang dilaporkan oleh Bernama. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan bahawa pengganas Sulu telah melantik 'panglima' di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah dalam usaha membentuk semula kesultanan Sulu di negeri itu.
Beliau berkata maklumat itu diperoleh daripada soal siasat terhadap enam tali barut pengganas Sulu yang ditahan pihak keselamatan di Sabah selain bahan-bahan bukti seperti pemacu pena dan dokumen-dokumen.
"Siasatan yang dilakukan mendapati Kesultanan Sulu melantik panglima bagi setiap kawasan DUN di Sabah dan mereka berhasrat membentuk semula Kesultanan Sulu untuk memerintah Sabah.
"Jadi, jangan nak pandang enteng apa yang nak dilakukan oleh pengganas Sulu ini," katanya semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Justeru itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata rakyat tidak harus memandang ringan ancaman pengganas terhadap keselamatan negara.

Langgan:
Catatan (Atom)