Selasa, 22 Mac 2016

Imigresen Tawau Tahan 16 PATI Dalam Operasi Bersama ESSCom


TAWAU : Jabatan Imigresen Tawau menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bagi menjejaki sarang PATI di daerah ini.
Ketua Pejabat Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata dalam operasi di beberapa ladang kelapa sawit di Sungai Burung, Balung bermula 2 pagi tadi, 79 pekerja ladang diperiksa.
“Daripada jumlah yang diperiksa, 13 lelaki dan tiga wanita warga Indonesia berumur antara 16 dan 52 tahun ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
“Kita tidak menahan majikan. Tetapi kita akan siasat PATI yang ditahan untuk mengenal pasti siapa majikan sebenar mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Noraini berkata kesemua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan