Suspek perampas pesawat penerbangan Egyptair MS181
LARNACA - CYPRUS. Suspek yang merampas pesawat penerbangan Egyptair MS181 hari ini didakwa melakukan jenayah tersebut untuk menarik perhatian bekas isterinya.
Menurut Seif El Din Mustafa, dia mahu memberikan surat kepada bekas isterinya yang tinggal di Larnaca.
Memetik laporan terkini CNN, Seif telah membebaskan sebahagian besar penumpang pesawat namun masih mengurung tiga lagi penumpang dan empat anak kapal.
Menteri Penerbangan Awam Arab Saudi, Sherif Fathy Ateyya berkata, dakwaan suspek mempunyai tali pinggang yang diisi bahan letupan masih belum disahkan.
"Tetapi kami menganggap dakwaan tersebut benar untuk langkah berjaga-jaga," kata Sherif.
Sementara itu, pihak berkuasa telah mengetatkan kawalan dan menempatkan penembak tepat di lokasi kejadian.
Sebarang maklumat mengenai proses rundingan masih belum diketahui setakat ini.
#sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan