Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Hari ini sekali lagi kerajaan yang dipimpin oleh Najib melalui
Kabinet bersetuju dengan sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Sebelum ini, Muhyiddin, Mohd Shafie Apdal, Mukhris ditandang keluar dari jawatan mereka masing-masing dalam kerajaan pimpinan Najib dengan alasan mereka tidak lagi menyokong perdana Menteri dalam melaksanakan agenda negara, yang disangkal kerana sebenarnya mereka menegur kepemimpinan PM dalam beberapa isu yang melibatkan isu-isu nasional dan kepentingan rakyat.
Tun Dr Mahathir Mohamad, telah melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas untuk menyelamatkan Malaysia dengan menurunkan Najib sebagai PM.
Namun menurut kem MT pimpinan Najib "Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara,"
Masa pemerintahan Dr Mahathir, beliau pernah berkata,"orang melayu mudah lupa" sebahagian orang melayu kecewa dan sebahagian termotivasi dengan ucapan beliau, tapi hari lebih menyedihkan Kerajaan Malaysia dibarisi pemipin pilihan rakyat akui mereka juga mudah lupa, yang dulunya jawatan PM yang disandang oleh Najib hari ini juga bukan melalui pilihanraya, namun sepertinya rampasan kuasa dalam parti Umno sendiri. Kalau hari ini ada suara dalam Umno sendiri yang mahu mengguling Presiden Umno dan PM bererti itu wajar, lagi pula Malaysia bukan seperti Amerika di mana orang nombor satu negara dipilih langsung oleh rakyat.
Apapun kerana menyentuh PM, Dr. Mahathir akhirnya harus mengundur diri dari PETRONAS. Tahniah untuk baktimu di PETRONAS. PRN Sarawak merupakan ukuran kecil dari kepemimpinan PM dan BN, kalau kehilangan satu atau lebih kerusi di PRNS bererti rakyat memberi "signal" pada BN, tetapi kalau menang bersih nampaknya AURA PM masih terbukti..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan