Isnin, 21 Mac 2016

Panglima sulu berada disemua DUN Sabah.

  
Apakah tindakan kerajaan setelah mengetahui bahawa Pengganas Sulu telah melantik Panglimanya diseluruh Negeri Sabah?
Hal ini tidak boleh dipandang mudah, TPM tidak boleh sekadar mendedahkan berita ini, pertanyaannya mana tindakan kerajaan menangkap dan melumpuhkan gerakan Panglima Sulu itu. Tentu rakyat Sabah tidak tenang jika berita ini menjadi Viral dilaman sosial. Lihatlah apakah tidak akan mengundang bahaya bila PATI Sulu yang berkeliaran di bandar-bandar Sabah tanpa ada kengkangan agresif dari kerajaan.

Berikut laporan berita yang dilaporkan oleh  Bernama. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan bahawa pengganas Sulu telah melantik 'panglima' di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah dalam usaha membentuk semula kesultanan Sulu di negeri itu.
Beliau berkata maklumat itu diperoleh daripada soal siasat terhadap enam tali barut pengganas Sulu yang ditahan pihak keselamatan di Sabah selain bahan-bahan bukti seperti pemacu pena dan dokumen-dokumen.
"Siasatan yang dilakukan mendapati Kesultanan Sulu melantik panglima bagi setiap kawasan DUN di Sabah dan mereka berhasrat membentuk semula Kesultanan Sulu untuk memerintah Sabah.
"Jadi, jangan nak pandang enteng apa yang nak dilakukan oleh pengganas Sulu ini," katanya semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Justeru itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata rakyat tidak harus memandang ringan ancaman pengganas terhadap keselamatan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan