Isnin, 21 Mac 2016

KHAIRUDDIN CADANG NAJIB SAHUT CABARAN MAHATHIR ADAKAN PUNGUTAN SUARA

Datuk Seri Khairuddin yang berdepan hukuman penjara mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak memahami desakan Tun Mahathir agar Umno cawangan mengemukakan usul tidak percaya terhadap beliau bukan mahu menjatuhkan kerajaan. – Gambar Free Malaysia Today

Menurut Khairuddin gerakan Selamatkan Malaysia hanya mahukan beliau berundur secara terhormat sepertimana dilakukan oleh semua presiden parti UMNO sebelum ini di antaranya Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi sendiri.
Khairuddin juga mencadangkan sekiranya terlalu sukar bagi Najib berundur maka lebih baik beliau menyahut cabaran Mahathir agar diadakan referendum atau pungutan suara rakyat bagi memenuhi syarat Mahathir yang akan berdiam diri terhadap semua isu atau skandal yang berlaku sekiranya tewas dalam bancian tersebut.
Ikuti apa kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak:
Bila masa yabhg tun dr mahathir mohamad dan semua yang menandatangani deklarasi rakyat nak jatuhkan kerana?! Tak pernah pun kami semua bercakap sedemikian rupa!!
Untuk makluman najib tun razak yang kemungkinan beliau tidak faham bahasa melayu; seluruh pemimpin serta rakyat masakini menyokong dayausaha murni untuk SELAMATKAN MALAYSIA dengan meminta serta menasihati najib tun razak untuk berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia!!
Beliau kini sedang dibelenggui oleh pelbagai isu-isu skandal kewangan negara yang diketahui juga oleh seluruh dunia tidak layak lagi untuk memimpin negara ini!! Najib tun razak pun tak pernah menjawab semua tuduhan-tuduhan keatas beliau secara komprehensif, ilmiah ataupun terbuka!!
Semua pihak yang menuduh beliau secara terbuka seperti The Wall Street Journal dan Sarawak Report yang telah membuat pelbagai tuduhan dengan fakta sehingga kini najib tun razak tidak berani mengambil tindakan undang-undang saman malu keatas mereka!! Kenapa tu?!
Rakyat sedang menolak najib tun razak serta negara pula sedang berada di dalam dilema krisis keyakinan yang paling teruk kini!!
Oleh sebab itu semua pihak hanya mendesak najib tun razak berundur secara rela hati sepertimana yang berlaku pada tun abdullah ahmad badawi dulu!! Tun abdullah ahmad badawi berundur tetapi kerajaan Barisan Nasional yang ditunjang oleh umno terus berkuasa!!
Bukan bermakna kalau seseorang perdana menteri berundur seluruh kerajaan tumbang!!
Yabhg tun dr mahatir mohamad berundur secara rela hati dulu tetapi kerajaan pun tidak tumbang!!
Apa najib tun razak ni?! Orang cakap lain dia jawab lain!! Tak faham bahasa melayu ka?!
Ataupun najib tun razak boleh sahut cabaran yabhg tun dr mahathir mohamad untuk adakan referendum bagi meminta keseluruhan rakyat mengundi untuk samada menyokong najib tun razak ataupun yabhg tun dr mahathir mohamad!!
Seperti kata yabhg tun dr mahathir mohamad sekiranya beliau tewas pada referendum itu; segala perjuangannya untuk membetulkan negara ini dihentikan secara serta-merta!!
Kita serahkan pungutan suara melalui referendum yang bakal dihakimi oleh keseluruhan rakyat jelata!!
Mahu ka najib tun razak??!! – Sumber Khairuddin Abu Hassan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan