Isnin, 7 Mac 2016

Awie Bayar Kompaun RM10,000, Minta Maaf Pada Rozana

Vokalis Kumpulan Wings, Awie bebas pertuduhan mencederakan bekas isterinya Rozana Misbun oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Isnin selepas
kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan Awie memohon maaf.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, kemudiannya memohon maaf secara terbuka kepada Rozana, 38.
"Saya Ahmad Azhar Othman dengan tulus ikhlas dan suci hati, dengan mengambil kira kebajikan anak-anak dan demi menjimatkan masa mahkamah yang mulia ini, dengan ini mengemukakan permohonan maaf kepada Rozana.
"Saya dan Rozana bersetuju bahawa ini merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan episod hitam di dalam hidup kami bagi meneruskan perjalanan hidup kami masing-masing," katanya seperti yang dilaporkan mStar online .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan