Selasa, 8 Mac 2016

SIAPAKAH 50 PEMIMPIN TANDATANGAI DEKLASI SELAMATKAN MALAYSIA?


SIARAN LANGSUNG DEKLARASI ANTI
NAJIB – SELAMATKAN MALAYSIA –
YANG AKAN DITANDATANGANI OLEH
50 PEMIMPIN DIKETUAI OLEH TUN
DR MAHATHIR MOHAMAD.

Petugas media mula hadir ke acara di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur itu sedikit demi sedikit.

Kelihatan tempat sidang media yang dikatakan akanbmembariskan bekas timbalan perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang itu telah disediakan.

Kira-kira 50 kerusi telah disusun untuk acara itu dengan 15 kerusi di bahagian depan dan lainnya di belakang.
Latar belakang bendera Malaysia dengan perkataan “Selamatkan Malaysia” dihias di pentas. Kelihatan juga individu memakai baju bertulis “I Support Dr M” (Saya sokong Dr M).

Sidang media hari ini bertujuan menyatakan deklarasi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia juga menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Mahathir, bekas presiden Umno, akan mengadakan sidang media bersama pemimpin
pembangkang.

Siapa status 50 pemimpin itu masih menjadi tanda tanya. Selain pembangkang, berapa banyak pemimpin Umno dan BN akan terlibat sama?
Malaysiakini akan melaporkan laporan langsung bermula jam 3 petang ini daripada Rumah Kelab Persatuan
Alumni UM.

LANGSUNG
3.18pm: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah masuk ke bilik sidang media di Rumah Kelab PAUM. Turut hadir ialah tokoh wartawan Datuk
Kadir Jasin.
Ketika Mahathir tiba para penyokongnya melaungkan “Hidup Tun”.
MALAYSIAKINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan