Sabtu, 12 Mac 2016

Padah!! wartawan Australia ditahan..


Dua wartawan warga Australia ditahan malam tadi selepas didakwa melanggar kawalan keselamatan polis dan secara agresif cuba mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
PM ketika itu  dalam rangka lawatan ke
Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki,
Kota Sentosa dan wartawan warga Australia sempat bertanyakan soalan kepada Najib mengenai dakwaan wang yang dimasukkan ke akaun peribadinya, namun  Najib tidak menjawab pertanyaan wartawan itu.
Malah pasukan keselamatan kemudian meminta mereka beredar,  setelah kedua wartawan  kembali ke hotel penginapan mereka tetapi sepasukan polis dari Kota Sentosa menahan mereka tidak lama kemudian. Kedua wartawan dibawa ke Balai Polis Padawan untuk disoal siasat.
# Mungkin kedua wartawan ni tidak percaya berita beberapa pemimpin ditendang keluar kerana bertanya hal yang sama, kerana itulah mencuba nasib bertanya hal yang sama, apalah pada masa yang tidak sesuai dan bersifat agrisif terhadap PM..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan