Ahad, 13 Mac 2016

Krew agensi media Australia ABC Four Corners ditahan di Malaysia


Krew agensi media Australia ABC Four Corners ditahan di Malaysia semasa melaporkan “isu politik tempatan” kata syarikat itu, lapor The Sydney Morning Herald (SMH).
ABC bagaimanapun masih belum mengesahkan siapa yang ditahan tetapi dipercayai wartawan Linton Besser dan jurukamera ditahan dan dibebaskan beberapa jam selepas menghadiri sidang media di Malaysia.
“Mereka tidak didakwa dengan sebarang kesalahan,” kata jurucakap ABC seperti dilaporkan SMH.
Penerbit Eksekutif ABC Four Corners Sally Neighbour menulis di Twitter, kedua-dua wartawan itu ditahan selepas bertanya soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching semalam.
Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M M Sree Shunmugan berkata, kedua-dua wartawan yang didakwa menghalang penjawat awam sedang bertugas, dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi selepas keterangan diambil.
Kumar berkata, mereka melangkaui garis keselamatan dan agresif ketika cuba menghampiri Najib yang melawat Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa, pada kira-kira 8:35 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan