Selasa, 8 Mac 2016

NAJIB BOLEH DISINGKIRKAN SEBAGAI PM.

Peguam Perlembagaan Syahredzan Johan berkata, Malaysia tidak mengamalkan sistem presiden seperti Amerika Syarikat, di mana rakyat memilih presiden secara
langsung. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac,2016.

Kenyataan ini membungkam kenyataan
Putrajaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya boleh digantikan melalui pilihan raya adalah tidak benar.

Amat mengejutkan kenyataan Putrajaya seakan-akan terlupa episod sewaktu Najib
Mengambil tampuk kepemimpina No.1 negara dari Tun Abdullah Ahmad Badawi. Terbaru kes Kerusi Menteri Besar Kedah bukan melalui piliharaya.

Menurut syahrezan lagi, "Usul tidak percaya atau tekanan dalaman".
"Maka tuntutan peletakan jawatan perdana
menteri bukan saja sah, tetapi adalah baik
dalam semangat demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia."

Kenyataan Syahrezan dipersetujui oleh Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga bahawa penyingkiran perdana menteri dibolehkan melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Sekiranya usul itu diluluskan, perdana
menteri sama ada perlu meletakkan jawatan atau meminta pembubaran Parlimen daripada Agong, dan ini diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bertambah gusarlah penghuni Putrajaya selepas mendengar kenyataan ini, apakah akan ada YB, Tan Sri, Dato atau Datuk yang akan berpaling tadah dari perahu Najib selepas ini. Kita tunggu dan lihat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan