Selasa, 29 Mac 2016

Khir Toyo keluar penjara dengan parol hari ini


PETALING JAYA : Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberikan parol, hari ini selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.
Menurut rakan baik Mohamad Khir , Roslan Dian yang memberitahu FMT , Mohamad Khir yang diberikan parol, akan menjalani baki hukuman di luar penjara dengan tinggal bersama keluarganya di rumah , di bawah pengawasan pegawai parol.
“ Mohamad Khir telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan, tetapi baki enam bulan tidak semestinya enam bulan . Kini dia ( Mohamad Khir ) akan menjalani baki tahanan di dalam rumah , ” ujarnya.
Mohamad Khir disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM 6 . 5 juta pada harga RM 3 . 5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.
Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Dr Mohamad Khir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan