Selasa, 8 Mac 2016

Rafizi lahirkan rasa syukur cubaan culik PM gagal.

 - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN
ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini melahirkan kesyukuran ke atas kegagalan kumpulan militan IS menculik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi posting terbaharu di Facebooknya hari ini,.Rafizi turut memuji tindakan anggota keselamatan yang
bijak mematahkan rancangan kumpulan terbabit.
"Syukurlah cubaan menculik Najib Razak telah digagalkan. Tahniah anggota keselamatan yang bertindak cemerlang!
"Saya pasti ramai yang sujud syukur dan menadah tangan memanjatkan kesyukuran," katanya menerusi
posting itu.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam.Negeri (KDN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.mendedahkan terdapat beberapa plot rancangan
serangan keganasan oleh kumpulan Daesh menculik pemimpin negara termasuk perdana menteri.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan negara telah berjaya mengekang dan menggagalkan rancangan serangan keganasan. Beliau turut mendedahkan selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menjadi sasaran ialah
beliau sendiri dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan