Senarai Blog Saya
Khamis, 17 Mac 2016
komander Sulu berada di setiap kawasan di Sabah
Ahli parlimen BN dari Sabah harus semakin berani menegur beberapa kenyataan yang menggambar bahawa negeri ini dalam keadaan yang tidak aman berikutan kenyataan oleh beberapa pemimpin tertinggi negara, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan tentunya kenyataan dari orang kanan PM ini akan menyebarkan perasaan tidak tenteram di negeri itu.
Ditambah lagi dengan PATI dari Sulu yang berada daerah dan bandar di negeri ini dan seakan akan kerajaan tidak dapat melakukan apa-apa untuk mengatasi keadaan ini.
Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) memetik ucapan Zahid yang berkata terdapat komander Sulu di setiap kawasan di Sabah sebagai contoh.
“Kenyataan TPM menakutkan rakyat Sabah […] ini bererti Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) tak ada erti lagi.
“Memang kita sangat berdukacita, dengan ada kenyataan itu […] mungkin di Semenanjung tiada kesan tapi di Sabah ia berkesan,” kata Ghapur memberitahu Dewan hari ini. Beliau berkata, kenyataan itu boleh menakutkan pelancong dari Sabah.#suarasabah.com
Hari ini kita melihat lanskap PRN Sarawak telah mengubah hak bumi putra Sarawak, tapi bilakah kita warga Sabah akan mendapat kembali hak kita, apakah melalui PRU14 ketika warga Sabah memberi undi kepada parti Pakatan, barulah kita warga Sabah mendapat hak kita sewajar bukan lagi negeri termiskin Malaysia dan tidak ditakut-takut lagi di oleh Sulu, seakan-akan Esscom dan pegawai keselamatan tidak berfungi dengan baik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan